Wednesday, 21 September 2011

1st ENTRY – 20 Sep 11, Tuesday

Hi all, Assalamualaikum & salam sejahtera untuk semua. Kali ni kena tulis date, hari semua siap2. Sebab, everytime terfikir nak tulis entry, keadaan masa tu bukannya di depan pc atau kat tangan ada pen or pencil kertas pelbagai nak keluarkan segala yang terlintas kat fikiran ni.

Sekarang ni kat office, 1.06 pm lunch hour. Mulanya, takde idea, just nak baca2 blog orang itu & ini. Suddenly, kesedaran macam, dah berminggu bersemangat nak start blog, tapi sampai la ni, takde kemajuan langsung. Alasan delay seribu dalih..............

1) Previously ada 1 blog yang dah berkurun tak update. Malas. Takde idea. Tapi, hati meronta2 nak abadikan segala yang melintas kat fikiran ni. Nak tulis diari ke? Extra malas. Jadi, 1st blog tu telah membuatkan hati yang meronta2 tu jadi tak meronta2 dah. Sangatla memberi impak tak semangat ke maksima.


2) Konon yang melintas, yang dipanggil idea mencurah2, tapi tula. Tiada di depan pc atau xxxxxxxxx (seperti di atas). Jadi, segala macam rasa yang melintas tu berlalu begitu saja tanpa sempat nak ambik note pun. Akhirnya, lupalah.

Nak start blog macam senang, tapi banyak benda halangan kena fikir.....

1) Apa yang nak di gembar gemburkan dalam blog tu nanti? Sebab, takkan setakat 10 20 entry, lepas tu, harem. Malasla, takde ideala. Samala nasib yang kedua dengan yang ke 1. Sangat akan menunjukkan sifat hangat2 tahi ayam.

2) Let say halangan 1 berjaya diatasi (konon), sekarang macam mana nak tentukan konsep blog tu? Wah...kau. sangat bersemangat macam nak masuk competition. Bila berblog, pastilah, akan di publish. Ada visitor ke takde ke belakang cerita. Halangan 2 ni, macam mana nak maintainkan kewujudan blog tu? Design macam mana, cara penulisan macam mana. Identitiy konon. Macam artis, kena ada imej tersendiri yang tak seperti meniru.

Dulu cikgu ajar buat karangan, kalau nak penanda tu berminat nak baca essay kita, is by having a good introduction. So, yang ke 3,

3) Berkurun fikir post untuk 1st entry. Tak maula jenis2,

                Hi..Welcome to my Blog............nantikan entry seterusnya....wah...ke-las kau Jah. (1st entry lagi naluri hati kau berjaya yakinkan kau ada orang nak baca blog kau)..........@

                Hi..Bermulanya saat ini, akan ku abadikan kenangan pahit manis untuk tatapan pembaca semua. Silalah beri tunjuk ajar..................ni lagi ke-las kau Jah. Begitu yakin menulis untuk pembaca2 kau (lepas tu ada orang comment “Wahhhh....dah berblog sekarang)............@

Ada lagi....

                Kupanjatkan segala kesyukuran kerana telah berjaya mempunyai blog sendiri....(ini serious yang paling kelakar).

Bersyukur tu, memanglah perlu. Tanda terima kasih kepada Allah, atas segala kejayaan yang kita dapat. Tapi kau, buat blog sendiri je. Lain la blog kau menang apa2 ke.

Jadi, 1st entry memang problem.

1.59 pm....tengok sekeliling kejap..orang tu berfacebook, orang ni tengah chatting. Jadi, tanpa rasa bersalah, bolehla saya meneruskan aktiviti ini. Hehe.....

(kena mengaku yang saya tulis kat Words dulu, then publish...hahaha)

No comments:

Post a Comment