Saturday, 24 September 2011

Balik kampung

Masa kecik2 (balik kampung atuk & puan) – semuala mak buat. Heaven je. Tapi, kenalah pakai apa je yang mak siapkan untuk kitorang adik beradik. Asal cuti sekolah je balik kampung, balik kampung je cuti sekolah. Takdela jauh mana pun, tapi masa tu, kitorang pengguna public transport tegar. Jadi, kami2 semua ni amat setia menunggu bas datang & gerak. Bukan sekejap. Turun bas je, mulala buat muka seposen kat mak “nak muntah”. Pantang jalan jauh masa, mesti nak terkeluar balik isi perut.

Duduk asrama – masa mula2 duduk asrama, 1st time nak balik rumah ni, huh, macam dah berkurun tak balik. Tak ingatla apa yang di bawa balik. Tak payah cerita. Tapi, lepas2 tu, bawak balik beg kecil2an je. Nak bawak barang banyak2 untuk apa? Baju? Memang dah ada kat rumah. Baju kotor? Tak payahla, susahkan bahu menggendong baju2 kotor tu. Ahad balik asrama, basuhla. Sekarang fikir balik rumah je lagi bagus.

Kat Uni – inipun bawak ala kadar jugak. Uni dengan rumah tak jauh mana pun. Tapi, pengguna bas tegar ni dah besar dah. Tak layan dah cikedis2 ni nak bagi sabar tunggu bas. Ahad bestla kot, din hantar sampai uni, kitorang rempit. Syok.

Waktu bekerja – ni pun ala kadar, walaupun balik naik kereta kakak2, tapi seminima mungkin adalah penting. Sebab, waktu dah bekerja ni, bila balik kampung, nak bermalas2an kat rumah, tak mau dah buat2 kerja basuh baju, sidai baju, sapu sampah, masak pelbagai. Yang OTAMAnye—nak bangun lambat! Walaupun mak bising2, bebel2 anak2 dara dia tak macam anak2 dara jiran jemiran (ayat cebebi), yang rajin menyapu laman rumah, sidai baju (mata tak sure melilau tengok aktiviti jiran2 ke tidak), pandai masak lauk itu & ini, ayat mak yang common “an ni patutnye dah boleh duduk relax, anak2 an semua dah besar2”.

Tak ku peduli. Erin pernah back up aku kat mak “dau tu dah penat kemas rumah dia sendiri, tu yang dia jadi malas nak tolong mak”. Time tasih makde tepap beting (backing) makteh. B.a.c.k.i.n.g beting”. Tapi makde, mulut kau jugakla yang selalu comment “nak cari barang2 kat rumah dau ni, perlukan effort yang lebih”. Nak ngata rumah aku tak kemas la tu.

Bila dah khawin – minima memangla minima, tapi dabal (double). Lagi2 sekarang ni kena bawak balik toiletries sendiri. Saya tak pernah bawak sebakul toiletries masa zaman bujang dulu kecuali berus gigi dan pencuci muka, sekarang ni baru saya perasan, semua adik beradik, yang dah khawin ke belum ke, semua bawak bakul sendiri2. Kak ya pun bawak syampoo sendiri. Sejak bila ni?

Minggu ni balik, tidur 1 malam je, nak bawak balik toiletries jugak ke tidak. Haish malasla. Tapi karang takut mak jegilkan mata. Jadi, barang 2 yang perlu di pack untuk balik kampung minggu ni,

1) baju untuk tidur malam ni (t-shirt & tracksuit)
2) baju untuk esok pagi (tshirt biasa & tracksuit malam tadi je, if nak keluar ke segamat pagi tu, kena bawak baju elok + tudung)
3) baju untuk kenduri
4) baju nak balik kl.
5) segala yang under2 & inner2 (bawak extra)
6) toiletries
7) beg telekung

1-5 jumlah dabal, muat 1 beg (yeay). 6 beg lain, 7 beg lain. Lupe 1 lagi,

8) towel (1 dahla, share2. 1 malam je)

8 lipat2 letak atas toiletries.

Ini baru berdua lebih baik. Ni dalam perut ni, walaupun masih dalam perut, barang2 dia ada 2 beg siap2 dah dalam bonet. Esok2 dah keluar, ntah berapa beg. Beg napkinla, susu la, baju la, itula inila. Tak perasanla bila kakak2 saya start ajar anak2 dia pack/kemas barang2 sendiri. Rasanya lepas diorang semua umur 10 YO. Hoh, seploh tahun saya kena pack barang2 anak2 saya. Kalau 1, bertiga je. Kalau Kami murah rejeki, adoi, berapa banyak beg da.

Dari kampung (rumah mak) nak balik asrama, uni, rumah bujang, rumah dah khawin

Balik asrama – kak lang selalu pesan “ kad matrix, berus gigi, bla bla”.
Uni – kak lang selalu pesan “kad matrix, berus gigi, bla bla”.
Rumah bujang – kak lang selalu pesan “kad matrix, berus gigi, bla bla”. Walaupun, dah tak pakai kad matrix, tapi dah terbiasa tu la pesanan/jeritan kalau nak balik dari kampung, mesti dia nak sebut jugak.
Rumah dah khawin – kak lang selalu pesan “kad matrix, berus gigi, bla bla”

Saya la selalu tertinggal barang. Bak kata mak “dau tu kalau tak berlari, memang tak balik”
Maksud mak ni, saya nampak macam dah ready dah, masuk kereta, tapi, lepas tu berlari balik masuk dalam rumah, sebab ade je tertinggal barang, tak pack siap2. Hehehehe. Kadang2 dah otw balik, call or sms, cakap barang itu ini tertinggal, tolong simpankan. Hahaha.

Sekarang nak buat macam tu? ada takut2 sikit. Nanti kene bebel2 dengan lakiku dari segamat ke kl. Gilos, boleh cair taik telinga.

2 comments:

  1. Akak, klaka la entri akak ni...hihi. teringat zaman2 dulu nak blik kampung.

    Bila ade anak kecik ni memang banyak barang dia nak bawak dari barang kita, kalau boleh nak bawak rumah sekali... senang!huhu

    ReplyDelete
  2. ada pintu kemana saja lagi best.hehe

    ReplyDelete