Friday, 23 September 2011

Label melabel...ape ke-las kau nak label2 orang

Saya ni lahir, membesar kat ceruk kampung yang indah permai. (tipu). Dulu, kat depan rumah ada banyak pokok durian, tapi nak elektrik punya pasal, terpaksa rela pokok2 tu ditebang & dipatah riukkan dan digantikan dengan tiang letrik. Dapatla bil setiap bulan. Kalau tak maybe dapat makan durian setiap musim.
Kat depan dulu ada pokok mata kucing isi tebal, pun dah kena tebang. Ada pokok manggis, yang sama nasib dengan pokok durian & pokok mata kucing. Sekarang, pokok yang tinggal ............... ade 2 je pokok manggis yang mati segan berbuah tak mau, kat tepi & belakang rumah. Yang lain, semua dah kembali dah.
Takpelah, kalau nak sangat makan buah, beli jela. Usah dikenang pokok yang dilepas. Jadi saya ni asal memang orang kampung. Tapi, salah ke kalau saya nak jadikan koleksi seluar jeans saya levis je. Salah ke kalau saya kata saya tak reti pakai kain batik, sebab saya memang tak reti pakai kain batik. Salah ke saya tak pakai tudung, sebab dari kecik memang saya tak pakai tudung. Kenapa kamu perasan bandar sangat, siap cakap “aku orang bandar pun pakai tudung”. Pala lutut kau!
(tak tutup aurat memang salah, sebab tu kewajipan orang perempuan yang beragama islam. Tapi, kalau kamu kata macam tu, bolehla saya terima, ini tak, kamu kata saya ni orang kampung, tapi tak pakai tudung. Pala lutut kau! Dapat lagi sekali).
Takdela begitu kebandaran saya tengok kamu ni. Lepas tu ngata saya “orang kampung, tapi pakaiannnnnnn...”
La, kamu ni kan, bangga mengaku bandar yang konon2 very up-to-date. Tapi pemikiran kamu ni, sempitnye......lagi sempit dari jalan nak masuk kampung aku. Tapi, dah besar dah ni, tak kuasa la nak simpan2 dalam hati. Tapi bila2 teringat, jadi pengajaran kat diri sendiri, jangan la mudah nak label orang itu ini. Biarla, kalau orang tu selesa nak buat apa yang diorang nak buat, kita diamkan aje. Lain la kalau dia mintak pendapat kita, bolehla kita hentam2 sikit cara halus. Dahtu, sapa suruh tanya pendapat kat orang yang mulut laser.

No comments:

Post a Comment