Thursday, 29 September 2011

Quarter Closing – atasi masalah mu!

Quarter closing datang lagi.... Ok, kepada semua deria & anggota badan kesayangan yang mana masih tak bangun, sila lah sedar yang kita semua ni dah nak masuk ke quarter closing, dimana semua anggota terlibat dinasihatkan untuk berjaga2 sebab tension & pressure nak mai dah, pehambat kita semua.

Tapi, jangan dok kalut2. Yang saya tau, encik otak & cik baby cayang dalam perut ni dah tau la kan, mummy nak closing. Jadi, encik otak, silalah berkomunikasi sebaik2nya dengan cik baby & cik baby pun dengarlah cakap encik otak sebaik2nya dan sepatuh2nya bahawa, benarkanlah mummy siapkan reporting untuk quarter closing ni sesempurnya. Bagi chance kat mummy ok. Bukan apa, takut babe, kalau effect increment & bonus. Hehe...

 Dari start company lama, memang QC ni pressure terlebih berbanding monthly closing, sebab,

1) lagi banyak input/data nak kena report. Maknenya, lagi banyakla mistake or new issue berombak2 terkeluar dengan sendirinya sebab reconciliation just do once in 3 months. Jadi, mana report yang tak buat during monthly closing tu, memang ada chance nak masuk category “pending problem”.

2) Masa tak cukup. Sebenarnya, kalau everything pun ok, cukup je masa kot. Last quarter, ade sehari tu balik pukul 10 malam. Siap je, saya direct cakap dengan boss “tomorrow i want to wake up late, so tomorrow i come late ye boss”. Nampak? Takde tanda soal, bukan mintak izin, bagitau.

Saya, kalau pressure, tak kirala sebab system down ke, boss push ke, tak balance2 ke, so far masih boleh control emosi & dan tak tunjuk sangat kat staff lain yang saya ni pressure yang amat. Masih lagi boleh pegi pantry buat air, kacau perlahan2 make sure sesedap rasa. sempat lagi borak kalau ada staff lain kepochi borak2 jugak. Kadang2 sempat bukak blog baca2. Jangan salah sangka, bukan saya tak serious dalam kerja, saya ni committed ok, sampai kadang2 terabai lakiku dek committed melampau ni.

Saya percaya pada benda ni,
                “setiap masalah, mesti akan selesai punya. Cepat atau lambat je, jadi sabar jela”.
                Psycho je kan. Cuba bayangkan situasi ni-contoh kita naik bas dari utara ke selatan, tidur terjaga, tidur terjaga, tidur lagi terjaga lagi, tak sampai2. Tension kan? Pressure kan?Kepala pening je nak wek wek. Padahal kita tau naik bas memang macam tu, nak jugak naik bas. Tula, taknak book ticket Air Asia awal2. Jadi, nak hilangkan rasa tension tu, bayangkan keadaan bila kita dah sampai ke destinasi dengan selamat. Mesti happy kan. Lega!. Kita tau kita akan sampai, jadi ambik feel lega tu siap2 dari atas bas lagi. Kalau diikutkan rasa tension tu, muntahla kau seploh kali pun dalam bas tu, memang lambat lagi, masa ketibaan tu tetap sama, delay lagi ada gamaknya.

Berpandukan, prinsip buatan sendiri tula, saya selalu fikir, benda ni semua akan settle pada hari final report submit. Kalau ikutkan schedule, on D+14. The day pasti akan tiba kawan2, jadi, marilah kita semua bayangkan rasa lega pada saat cik jari click button “submit” pada D+14 tu. Ermmm...dah rasa lega dah sekarang. Serious.

Tapi, saya berazam nak siapka final report tu, 2 3 hari lebih awal, jadi takdelah tension sangat.

Untuk baby mummy, jangan dok acah2 mummy ye.

No comments:

Post a Comment