Thursday, 20 October 2011

Delivering My Own Baby - Part 2

Part 1

Contraction
Now in the Labour Room, after taking ubat “yak2”, prepare for CTG. Tertidur jugak. Around 5, segerombolan doctor datang to check the opening cervik. Mak datuk! Sakit kau! 1cm-tak berbaloi sakit2 macam tu, baru bukak 1cm. Lepas tu mulalah rasa nak membuat bisnes kecik dan besar at the same time. Tapi, tak dapat, sebab alat CTG still terpasang lagi. Nurse kata, “tunggulah kejap”. Sinis. Karang aku lepas je kat katil ni karang, baru kau tau.

Dapat lepas hajat, Nurse bawak ke Post-Natal ward. Pre-Natal penuh katanya. Tadi sempat tanya dekat petugas/nurse/doctor yang check patient sebelah kat ward, macam mana rasa contraction?
“rasa sakit pinggang tarik2 dari belakang”.
“macam sakit senggugut je”
“macam ada rasa sakit belakang”.

6 something, start rasa sakit lenguh2 pinggang nak terkucil, bukan senggugut. Diselang seli dengan rasa nak bisnes besar. Mungkin ubat “yak2” tadi masih kuat effect dia. Aku layankan aje sakit ni, sampaila family aku balik bila habis waktu melawat. Sakit makin menjadi2, tapi aku masih boleh ke hulur kehilir tanya nurse “tagged nama saya ni boleh kena air tak?”.

Since i still don’t know, how the contraction pain is, i decide to check the consistency of the pain. Duration 8 to 9 pm, consistent every 7 minutes. Mak datuk, memang sakit. But, not like senggugut way, more to rasa nak terkucil. CONFIRMED! Rasa nak menangis sakitnya, tapi tak berair mata. Siap ambik air sembahyang, harap dapat kurangkan sakit. I didn’t call for doctor/nurse, scare they will check the opening cervik again, TOBAT aku serik bila diorang check, sakit melampau! Aku tahan lagi sampaila dah nak pukul 10, aku SMS suami tercinta, bagitau aku sakit contraction yang amat2 sakit. He still at home, ambil KAD BIRU HOSPITAL dan segala barang lain yang tertinggal...(hehehehe). Siap mintak belikan getah rambut lagi. Getah rambut tempe yang aku pakai ni dah terputus. (aku memang ikat rambut guna ni je. Ketat).

Around 10, Nurse datang bagi Obimin. Nak taknak terus terang jela, dah terasa sakit. Hahahaha. Masa tu Nurse cakap, kalau boleh senyum2 belum sakit sangat lagi. Adoiyai...agak kau dulu rasa contraction macam kene geletek ke?

Doctor  yang check patient kat sebelah tadi datang. Sampai2 je dia tanya “sekarang awak sudah tahu macam mana rasa sakit contraction?”. Dengan pelat2 cina dia. Aku dah ngilu2 sebelum dia check. Eh...?? dia check tak sakitlah. “4cm, nanti saya suruh Nurse hantar ke Labour Room.

Elok je lakiku sampai, nurse pun cakap nak bawak aku ke labour room. Sebelum tu aku dah berangan dah, aku nak mintak maaf kat Asan macam gini,
                “yang, awak doakan saya & Adelea selamat ya. Awak doakan saya mudah bersalin ya. Saya nak minta maaf atas dosa2 saya kat awak. Halalkan makan minum saya. Maafkan percakapan & perbuatan saya yang menyinggung perasaan awak. Minta maaf kalau selama ni saya lalai menjalankan tanggungjawab sebagai isteri awak. Doakan saya sabar & kuat. Apa2 pun yang terjadi, saya nak awak tau, saya sayangkan awak. Kalau saya kalah, awak perlu tau, saya dah berusaha”.

Lepas tu, nak peluk cium berairmata.

Dapat? Tak...... Sakit kot! Sempat mintak tolong buat status minta maaf kat FB aku & tanya, dia nak balik ke tunggu. Tak tau lagi katanya, mungkin nak balik. Sempat aku pesan, HP sentiasa on. OTW ke LB tu, sempat aku tarik tangan dia & letak kat dahi aku, mintak maaf seikhlas2nya. Ayat aku “awak, doakan saya ye, maafkan saya”. Itu aje. Tak ingat dah nak gunapakai ayat yang aku rancang tu. Asan balas lagi simple “yela,dah jangan nangis”.

Kitorang memang tak romantic2 syahdu2 airmata ni. cam haremmmm.....

Tagged nama untuk mummy & bakal Adelea

2 comments:

  1. Sekarang dah x geletek kan

    ReplyDelete
  2. sekarang rasa....chocolate esok jangan lupa...

    ReplyDelete