Sunday, 23 October 2011

Delivering My Own Baby - Part 3

Part 1
Part 2

In the Labour Room
Peliknya..Sesampai kat LB menjadi2 sakit contraction ni. Masa ni, dari 7 dah jadi 3. Seterusnya, bermulalah episode “patient mengada2” aku ni. Serious, i memang tak tahan sakit. Yup, i admit that, sincerely.

Doctor Mengikut Cakap (DMC), dia tanya apa2 ntah. Aku request, after he done asking, i want to have a sleep. Ok, DMC kata lagi, kalau sakit sangat sedut gas tu. Aku pun sedut, terover, sampai rasa pening, rasa nak muntah. Sepantas kilat, dia tala bakul sampah ke tepi mulut. Tu je yang dia sempat capai. Nasib baik tong sampah kosong. Nurse kata, sedut bila sakit je, tak sakit jangan sedut, nanti awak akan rasa sleepy/pening.

Doctor Baik Hati (DBH), kesian doctor ni. Dari expression muka, dah macam meluat nak layan aku, tapi dilayankan juga. Lembut je cakap walaupun, mungkin dalam hati, tuhan je tau. I ask for sleeping pill, dia tak bagi. Takut nanti sampai waktu bersalin, ibu masih tidur. Ok, fine! Nurse kata, sedut gas berlebihan nanti rasa sleepy/pening kan. Apalagi, aku sedutlah sesuka hati aku, memang mamai, rasa sakit yang amat sangat, tapi dah tak boleh nak menjerit. Terkedang!

Ye, memang aku menjerit, dalam mamai2 tu menjerit2...sakit...sakit. Kan patient mengada. Sampai nurse marah2. Istighfar banyak2. Sedut gas tu. Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus. Nurse, tolonglah faham, dah tak jalan gas tu. Nurse kata, dia tak boleh tolong dah, semua cara tahan sakit dah bagi kat aku. Ada ke? Bila masa? Sakit je lagi. Aku cakap kat Nurse “kalau Nurse tak boleh tolong, bagi jela saya menjerit, sebab saya memang tak tahan sakit”.

Sebelum tu kan, sebelum jerit2 yang over tu, mesin CTG tu bunyi2 tau. Teet..teet..teet. aku dah naik risau dah. Jantung baby problem ke? ape hal ke? Alat panggil Doctor entah mana. Aku panggil doctor sekali. Takde sape datang. 2 kali, pun takde. Last2... DOCTERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!! ...berderap derup aku dengar tapak2 kaki berlari2 masuk bilik aku.

Nurse marah2, katanya jangan panggil doctor macam tu. Aku cakapla, alat CTG bunyi2, mana aku faham kenapa dia bunyi. Alat panggil doctor Nurse tak bagi. Mana boleh marah aku. DBH kata dengan lembutnya,
                “takpe..takde ape pun, kertas habis je”

(heheheheh)

Kiranya, memang tak tidur malam tu sampai ke subuh, contraction punya pasal. Dalam pada mamai2 tu,ada a few things yang aku still ingat,

1) when i see doctor/nurse came in, i’ll ask for czer. dah tak tertanggung rasanya. DBH kata, tak perlu. Ada procedure untuk czer, bla bla bla...entah apa dia terangkan. Nurse marah2 cakap “jangan mintak, kalau boleh kita mesti nak anak kita bersalin normal, istighfar banyak2”. Aku nak panggil Nurse ni-Ustazah Nurse.

2) i grab baju Nurse, merayu2 mintak operate. Entah apa dia cakap, entah apa aku cakap, aku pun tak berapa pasti. Last yang aku dengar, bila rasa nak bersalin akan rasa seperti nak buang air besar. Aku pun cakap kat Nurse tu, itulah yang aku rasa sekarang. Lepas tu ada doctor masuk, check bukaan, kalau tak silap dia kata 5cm. Adoi! Pukul berapa pulak nak bersalin ni.

3) aku menjerit2, Doctor lawa (DL) & sorang Nurse masuk. Tapi, diorang keluar balik lepas tengok aku sekadar sakit contraction je. Lelap2 mata sedut gas. Terasa aku tau.

4) masa doctor pecahkan air ketuban. Tak sakit sangat, tapi geli geleman. Doctor yang buat tu kata, akan cepatkan masa untuk deliver. Ok...aku percaya cakap kau, jangan tipu ek.....

5) aku jerit2 orang tak layan....Mintak operate pun diorang tak bagi. Lepas tu, memang aku sedut je gas tu, tak kira sakit ke tak. Termamai2 aku dibuatnya, sampai aku rasa sakit sangat, tapi dah tak larat nak menjerit. Terkedang la aku berseorangan atas katil tu.(JANGAN TIRU YE, ANDAINYA DAH SAMPAI WAKTU BERSALIN, STILL MAMAI-TAK TAU).

6) sakit sangat sampai aku meneran2. Nurse tak bagi teran. Aku cakap “saya tak teran, saya tahan sakit”. Sempat lagi aku melawan.

4 something, DBH kata dah bukak 10cm. Dah boleh keluarkan sekarang. Yeay.....berakhir sudah penderitaan mummy. Tapi.....DL kata tunggu lagi sejam. Tak mau doctor...saya nak keluarkan sekarang jugak.

At 5, i heard they decide to go for “Encourage”. Huh..hahha. so many terms i heard that night. If i were awake, sure lagi macam2 term aku dengar. I saw DBH bring in all the alat & persiapan for delivery. It’s time!

DBH is in front of me. DMC asks, what he can do to help? DBH kata, tolong bagi semangat. Ye, memang waktu nak bersalin tu, DMC paling bersemangat bagi semangat kat aku. Nak tergelak pulak, bila dikenang2 balik.

After a few attempts, still kepala baby tak keluar2. Sampai dah digunting pun, still tak beganjak. Tapi, DBH baik, puan boleh puan. Last2 DL datang tolong, dia suruh push & push & push & push & push..................................
terdengar sorakan dari sekelian doctor & nurse yang ada kat situ, kepala baby dah keluar. DBH kata, Puan, push lagi untuk keluarkan shoulder. So, i give another push...terdengar sorakan lagi, & tiba2 Adelea dah ada kat atas perut mummy.

DBH kata, puan peluk anak puan. Yela...taula....aku peluk la ni. Aku ikut jela cakap doctor tu. Bukan tak ikhlas nak peluk, tapi yang aku nak buat sangat masa tu adalah..T.I.D.U.R.


4 comments:

  1. Haru beb! Anyway best baca. Betul kata Mak.. dau heboh! Biasa...

    ReplyDelete
  2. wah..susah payah ibu melahirkan..tibe2 rase takot nk kawen, nk mengandung, ade anak..grrr..yg pasti, takotnye pengalaman cmni!!! sakit tuu..haish..huk2..nway, tahniah akk..hee..blog akk best la..hehe..

    ReplyDelete
  3. Mawar, jangan takut...bila dah pregnant, dah nak sampai masa bersalin, lagi rasa curious lepas ni kena apa, lepas tu kena buat apa.. betul. sakit tu mesti rasa punya, tapi kita jenis x tahan sakit. ada orang boleh tahan...
    BTW, mawar ni sapa ek? kita try ingat2, tapi x ingatla..sorry ye....

    ReplyDelete