Friday, 28 October 2011

Delivering My Own Baby - Part 4 (Final)


After Delivery

Bila aku dah sedar dari semua ni, terimbas2 kejadian masa kat dalam LB. Teringat2, macam mana rasa bersemangat sangat nak keluarkan anak dalam perut, sebab dah tak tahan nak tanggung sakit contraction. Serious. Eventhough mamai, bila DBH & DL suruh push, rasa dah macam minum livita seploh botol!

Orang kata, sakit bersalin automatic hilang lepas tengok wajah anak kita sendiri. Aku kurang pasti ni just psycho nak sedapkan hati @ memang macam tu. Pada aku, rasa sakit tu hilang sebab budak dah keluar, bukan sebab tengok baby. Yang aku rasa-lega sebab baby dah selamat keluar. Yang aku confirmed pasti masa tu, hanya nak tidur je. Benda lain semua dah tak dah peduli dah.

Masa DMC nak keluarkan uri, aku tanya apa dia nak buat lagi ni. Aku cakap, aku nak berada dalam keadaan selesa sekarang jugak. Sebab, posisi aku masa tu masih lagi dalam posisi nak bersalin. aku nak tidur ni, tak faham ke..... DMC kata, mahu keluarkan uri. DBH kata, nak jahit sikit, lepas tu puan tidur ye. DBH memang baik orangnya. Hehehehe. Entahlah, aku pun tak berapa perasan, antara sedar dan tidak, aku perasan DBH jahit, lepas tu DL sambung. Lepas siap, entah apa DL cakap, aku iyakan je.

Apa pun, bersyukur sangat aku ke hadrat Allah, aku & baby selamat proses bersalin. Baby, Alhamdulillah sihat tubuh badan, tak banyak masalah. Akupun, makin lama makin sihat, eventhough luka jahitan still belum 100% cured. Memang after delivery, aku bantai tidur banyak2 tak ingat dunia. Segala SMS/Call aku buat derk je. Kecuali dari family terdekat. Sorryla kawan2. Masa tu tidur adalah keutamaan. Tapi, aku takdela tidur mati sangat. kejap2 kena dengar takut anak aku terbangun mintak susu. Haaaaaaa......BF baby memang sangat mencabar. Ya Allah, permudahkan urusan susuan ibu untuk anak aku, Amin.

Lepas delivery tu, tak pasti aku tertidur sampai pukul berapa. Nurse kejut sebab ada doctor nak check. Nurse tu jugakla yang tolong tukarkan baju yang dah banyak tompok2 darah. Masa tu baru aku perasan, rambut dah tak berikat. Mesti dah macam hantu kesiangan dah gamaknya aku ni. Dulu, sebelum bersalin, siap berangan nak pegi threading & gunting rambut. Nak nampak lawa lepas bersalin. Berangan jelah Ros. Masa tu, dah tak terfikir dah semua tu.

Masa tengah salin baju tu, baru teringat kat anak aku, dia takde kat katil baby. Nurse kata, dah bawak naik atas. Aku tanya, husband aku dah tengok ke. Dia pun tak pasti. Yang aku ingat, Asan kata nak balik rumah je malam tu. Ni pun, aku dah tak kisah. Janji budak keluar, asan ada ke, asan takde ke, aku tak peduli pulak masa tu. Tapi, aku rasa, kalau Asan ada, aku akan lagi bersemangat kot. Entah. Yang pasti, bapa2 sekalian, anda terlepas saksikan 1 keajaiban bila anda tak ada waktu wife anda bersalin. Tak caya, tanya bapa2 yang pernah masuk. J

OTW ke Post-Natal Ward, Nurse tu buat pit-stop pulak kat front desk. Masa tu terjumpa kak Zue. Dia belum deliver lagi, sepatutnya dia dulu, baru aku. Menangis2 terjumpa kak Zue. Cakap kat dia “Macam mimpi kak”.  Tiba2 shahdu pulak. Tak terfikir pulak nak gunapakai theory buatan sendiri-siap2 fikir dah bersalin waktu contraction. Kak Zue kata, Asan ada kat luar.

Bila ternampak Asan kat luar, kusut masai pulak aku tengok. Agak, bangun tidur tak basuh muka terus datang hospital ke? Lepas tu baru aku tau, dia semalaman tunggu aku kat sini. Oooowwwwhhh...(dah ada kat sini, taknak teman aku waktu bersalin-kata2 dalam hati, heheheh). Lepas tu jugak, baru aku tau, Eki, Erin & Achik jugak semalaman tidur hospital sampai 4 pagi lebih temankan Asan kat sini. Terima Kasih semua.

Asan kata, baby dah ada kat atas & dia dah pergi tengok. Cepatla nurse tolak ke Ward, nak tengok baby mummy. Tunggu punya tunggu, dalam Ward, Nurse pun bawak baby. Terus disuruh susukan. Ok, dengan berbesar hati. Lepas tu, mummy, ayah & baby sambung tidur puas2.


Tapi....mummy jugak yang tak lena tidur...nasib nasib......

No comments:

Post a Comment