Saturday, 8 October 2011

number & jenis2nya

1 morning, I woke up with the thought of how unlucky I am because, at this early hour I need to get up & prepare to work….erggghhhhhh….baju belum iron….dahla malam tadi tidur tak lena. 4 lebih terbangun sebab nak pee pee. Malasnye ya rabbi, tuhan je tau. Apsallah di saat2 tidur tu syok, aku kena bangun.

Suddenly, I realize, today, I have follow up for my pregnancy. Tak payah pegi kerja la harini gamaknya. Dah 8.15. follow up 8.30.
……………………………………………..
Alang2 dah lambat, sambung tidur jelah. Siap2 sekarang bukan boleh sampai 8.30.

“kenapa ek, bangun2 je terfikir macam tu. Dah malas kerja ke aku ni. Mana ada bangun pukul 4 pun malam tadi. Pukul 4 tu, mata aku masih segar bugar siapkan kerja sebab nak cuti harini. Tidur pun pukul 6 lebih, nak kena bangun 8 lebih. Patutla kepala otak mamai. Tapi apsal ek?”
Ishhhh…dahla….fikir banyak2 buat aku terkedek2 mandi je. Dah pukul 9 kot. Pukul berapa pulak nak sampai hospital?

“agaknya, nasib aku ni memang unlucky kot. Tengokla, dalam boyot2 macam ni, kena bersengkang mata siapkan kerja. Bukannya company bayar pun masa aku kerja dari 12 malam tadi sampai 6 pagi. Dah macam 1 hari kerja dah. Ish..buang masa fikir bertuah ke tak. Baik buang jauh2 fikiran negative tu, fikir apa yang bertuahnya kat aku ni. Apa ek? Nombor bertuah? Sudah…apa pulak ek lucky number aku?”
Haish…apsal tak focus pagi ni. Tengokla ni. Lengan baju ni dah licin aku iron. Tapi, masih ditala iron kat situ. Betullah banyak fikir ni melalaikan.

“orang selalu pilih nombor bertuah yang kaitan dengan birthday. Macam aku ni, 2/9. Asal Nampak jam pukul 2.09 mula lah nak terfikir – birthday aku. Tapi, ni bukan nombor bertuah aku. Menang cabutan bertuah jauh sekali. Eh..kejap…pernahla. masa penyampain hadiah sekolah rendah. Tula 1st time. 2nd time, masa annual dinner 1st company. Dapat jusco voucher RM180. Lumayan jugak. Tapi, sebenarnya semua orang dapat. Dapat jugakla rasa glamor naik pentas. Hikhik…teringat kebaya aku pakai malam tu…”
Sekarang ni, insan yang didepan cermin ni, baju dia kembang di perut. Berzaman pakai seluar jenis kembang ni. Seluar jeans lama dah x muat, aptah lagi skinny jeans. Mana ek, skinny jeans aku tu. Kepala otak menerawang kemana2 ntah. Sampai lukis kening pun senget. Ok, lukis balik.

“kalau takde lucky number, apa favourite number aku. Pun xde. Tarikh2 favourite or istimewa? Banyak sangat. Paling aku suka 19 Feb. sebab, tarikh ni aku clash dengan BF aku (lakiku sekarang), tarikh ni jugakla kitorang declare balik untuk yang ke3 nya. Tapi, tarikh ni takde terpahat kat mana2 pun. Nombor plat kereta? Bayar beratus tapi tak dapat nombor idaman pun, kena kencing je lebih dengan seller tu. Plan asal nak ambik 4 last number phone aku or asan. Next2 kereta pun nanti nombor nak sama. Tapi tak dapat. Tarikh tunang? Tak dapat. Khawin? Pun tak. Redha jela dengan nombor yang ada. Karang, bila pulak nak dapat kereta”
Woooo…nasib baik tak lepas tol batu tiga lagi, kalau tak, tak dapat singgah shell beli roti ke apa ke. Dahla nak menunggu nombor giliran tu karang mesti lama. Kebuluran mummy. Maka sesegera mungkin aku cakap kat lakiku singgah beli breakfast. Boleh berangan ek. Kesian lakiku takde teman borak dalam kereta, wife berangan.

Sampai kat hospital dalam 1030. Mesti ramai orang. Pukul berapa la nak balik nanti. Dari jauh, tengok macam tak ramai orang. Mungkin nasib baik harini, tak payah tunggu lama. Ambik nombor giliran 3009, nombor sekarang 3007. Jangan mudah gembira, ni baru nombor register jek. Lepas register, nombor jumpa doctor 3049. Ermmm…2 2 nombor macam cantik. 9. Adakah 9 nombor bertuah ku..hehehe…timbang berat..hah…tak sampai 60 kg pun. Ok, sekarang cari port untuk tunggu jumpa doctor. Port biasa? Takde orang..yeehaa… kat sini, nombor giliran tak ikut giliran. Jadi walaupun nombor aku 3049, ade je nombor 36XX dah dipanggil. Tak taula sytem merit apa yang dipanggil ni.

Takpe, lambat pun takpe. Memang salah aku pun datang appointment lambat. Jadi, bolehla aku duduk diam2 kat port biasa ni. Boleh tengok2 apa la Miliop bebel2kan kat blog dia setakat ni. Ntah2 upload gambar si encem Imran ke. Melonjak2 anak aku tengok abang Imran encem dia, yang makin hari makin sihat membesar bagai johan. Hehehehe.

Habih dah, tengok blog budak yong pulakla. Apa lagi2 info2 menarik pasal pregnancy yang dia nak gembar gemburkan dalam blog dia. Kalau ada yang bersesuaian, dapatla aku cilok2 sikit buat2 panduan dalam kandungan nak masuk 38W ni. Busy agaknya cikgu sorang ni, tak berupdate pun.

Apa nak survey ek. Tengok gambar dalam redmummy la. Biasa dia banyak upload gambar2 menarik. Takpun, tengok update baru dari Hanis. Tengah scroll tetiba
                “tiga kosong empat Sembilan bilik 3”

Nombor aku. Tak sompek. Memang bertuah. Tak payah tunggu lama. Mana bilik nombor 3?

Selesai jumpa doctor, maka menyinggah lah aku kat ofis asan. Petang karang nak pegi KWSP pulak.

Sampai KWSP, kena ambik nombor semak document. Hehe kelakar. Macam ni punya system pun ada. Aku tak biasa hokey, walaupun mungkin system ni dah lama. Mau sejam tunggu, tak sampai jugak. Tiba2, orang kat counter semak document tu, panggil nombor, lepas tu bukan dia semak, dia bagi nombor lain. Agaknya, tu mungkin nombor jumpa pegawai. Kalau kat hospital nombor jumpa doctor.

Dapat dah nombor giliran jumpa pegawai – 3122. Lagi seploh orang. Nasib tak tunggu lama. 3121, panggil sampai 3 kali, terus 3122. Kaunter nombor 17. Sampai kat counter, ada orang duduk. Yang nombor 3121 tadila gamaknya. Pegawai kat counter kata “tunggu dulu kak, saya ingat nombor yang sebelum ni orangya dah balik”

Hadoi, tengah tunggu tu 3123, 3124 dah jalan dah. Cepat na kau tekan nombor aku dik. Sudahnya, lama jugak tunggu. Tapi, tak dapat nak submit borang pun, document tak lengkap katanya. Oklah dik. Minggu depan akak datang lagi. Akak terus pegi sini yek tak kuasa aku nak beratur semak document lagi. Kau tengok siap2, apa yang ada apa yang takda. Hokeh!

apa pun nombor korang, jangan sesekali korang main nombor ekor ye. tuhan nampak.

No comments:

Post a Comment