Thursday, 29 December 2011

The joy of pushing the stroller

Wow...seronoknya.

On the way from parking lot to the shop, senyum jakun meleret2. Masa cross road, siap boleh berangan kitorang konon2 tengah berarak, semua kereta yang tadinya laju berhenti, tengah bagi tunduk hormat kat kitorang yang hanya berkereta stroller ni. Siap ada balloon & kertas kilat2 berterbangan sekeliling kitorang. Siap effect gendang gendung dum dum dum. Slow motion tau, siap lambai2. Kah kah kah kah....mak jakun.

Kitorang berdua asyikla berkata2

Masa tengah push stroller kat jalan“ mesti adelea fikir-tengah naik apa ni, apsal rasa lain macam je ni”
Masa dah sampai kedai yang bukak speaker kuat2 tu “mesti adelea fikir-apsal bising je ni? ini ke namanya clubbing (ni ayah cakap)”

Last kitorang berkata “ macam leceh je. Nak tolak2, lepas tu nak angkat2 bila turun naik corridor”

derrrrrrrrrrrr...................habis dah joy nya.





Aku ni dah semangat waja nak beli-belah, tapi bila masuk kedai (Asan jaga Adelea kat luar), dengar suara Adelea nangis, keluar balik, pakaikan cardigan-angin tengah menderu2 time ni, masuk kedai balik, Adelea nangis balik, betulkan bedung, masuk balik, keluar balik sebab Adelea nangis lagi. Sentuh shawl tu pun x dapat lagi. Asan dukung pun Adelea taknak duduk diam. Nasib baik ada adik beradik keluar sekali, jadi...Adelea kami serahkan kat diorang sebab mummy nak pilih2, Ayah nak withdraw duit untuk mummy & makan cendol.

Tengah pilih2 pun dengar Adelea nangis lagi. Aku tak kira, paling tak, mesti aku beli 1. Secepat mungkin, dengan bantuan erin, rembat 3, bayar & keluar dukung Adelea. Adelea dah ngantuk, tapi mummy buat2 tak faham. Mummy nak pilih2 ok. Angin yang menderu2 pun makin lama makin kuat, jadi aku masuk balik dalam kedai, buat muka tebal mintak izin salesgirl tadi nak duduk kat tepi sudut sekejap nak tidurkan Adelea. Nasib baik dia nak tidur. Duduklah kitorang laki bini tunggu Adelea lena. Mak, Busu & adik beradik yang lain pergi singgah kedai lain. (Mummy tak dapat singgah kedai lain-cedih). Masa dalam kedai tu, terfikir2, kalau dulu boleh buang2 masa je time nak decide nak beli yang mana, sebelum beli kena cuba semua walaupun size yang sama, tapi tadi...tak dapat. Agak2 perasan cantik je, terus ambik. Tiba2 jadi pandai buat keputusan secepat mungkin.

Memandangkan kitorang tak dapat singgah kedai lain, melepaklah kitorang kat kedai makan. Order rojak. (rojak lagi, semalam pun rojak jugak masa singgah berhenti kat Seremban otw to Segamat).

Tengah syok2 makan (sambil ngumpat waitress yang muka sombong tu), mak cakap, tadi ada sorang bapa kat luar kedai asyikla tolak stroller kedepan, pusing, kedepan, pusing2 kat corridor kedai area2 situ. Mak aku tegur, katanya, anaknya kalau stroller tak ditolak, tak mau duduk diam. aku tanya mana isteri dia? Serentak adik beradik aku jawab “tak dijumpai-mungkin tengah pilih2”. Esok2 boleh aku tiru cara macam ni.

Menjelang maghrib, angin makin kuat, Adelea pun bangun. Kitorang pun zasss bangun nak ke kedai 1 lagi, sebab time ni patutnya time dia makan. Berhempas pulas aku buat susu, lepas tu Asan lipat stroller yang memang payah nak lipat. Tetiba, ada AhSo tanya “ini aboy ke agirl?. Alahai, kesian Adelea, Adelea kan rupa macam baby boy.

Plan asal, lepas Adelea burp, aku pergi beli barang dengan kak lang, Asan tinggal dalam kereta jaga agirl. Tapi, sebelum keluar kereta, sempat cakap, selain nak cari cadar, nak tengok kain pasang jugak. sebelum Asan sempat balas, aku tutup pintu kereta lekas2, jadi dia tak boleh kata tak boleh, tak boleh juga kata boleh. Para bini2 boleh tiru (apsal macam kecoh macam Kak Nab je aku ni). Kenalah redha, jaga anak, bini pergi shopping.
Tengah dok belek2 kain langsir (tiada dalam senarai pembelian), tiba2 dengar suara yang biasa kudengar “mummyyyyyy”. derrrrrr.....

Baru 5 minit mummy tinggalkan dalam kereta, Asan dah keluar bawak Adelea. Owhhhh hebat lakiku. Maknanya, dia dah terror pegang baby sebelah tangan. Yelahkan, masa dia nak tutup pintu, mesti sebelah tangan kendong baby, sebelah lagi tutup pintu. Wah hebat hebat. (laki kak Nab, sila kembang kempis kan hidung)

Bestnya, Adelea tak nangis. Dapatlah aku pilih2 kain pasang sambil dukung Adelea. Dah tak payah stroller dah. buat meleceh je. Selalu time2 gini, Adelea mesti dalam bilik, tak boleh keluar sampaila dah nak ke Isyak karang. Tu pantang larang mak aku, kenalah ikut. Tapi harini, merambu budak agirl ni. sedap je tidur sambil mummy peluk. Rembat lagi 3 pasang. Cukup dahla, pocket kering. Itupun terpaksa pow bayar balik duit lakiku. Murah2 je, semua bawah RM30. Lebih sehinggit pun tak boleh. Peraturan baru purse aku.

“Penatnya Adelea mummy”

Balik dah malam, melepak Adelea tidur sampai pukul 11 malam. Hehe, best tak?

Adelea kata “Best”.

7 comments:

  1. mmg camtulah kak ros..samalah ngan kami ni, sejak ada baby mmg semua bnda nak kna buat cepat..shopping barang nak cepat, makan nak cepat..takde masa nk pikir panjang2 nak decide, trus je pilih,amik and bayar..tapi bila pikir2 balik camana suami isteri kelam kabut layan anak mmg kelakar pon ada..hihi

    ReplyDelete
  2. Dah ada anak memang x bleh nak merambu-rambu window shopping or try 3,4,5 pasang baju. Aku ni sejak ada Imran beli baju main rembat je. X pernah test. Kalau makan kat kedai pun x sempat nak kunyah 44 kali or even 10 kali..sebab mkn gilir2..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehehe....hehehehehe

    @suziey - kan. kih kih...kunyahan aku memang masih macam dulu, sebab aku memang dari dulu x berapa sopan, makan laju...hahah...

    @azu - tula pasal...mak akak tanya serik tak? tak serik, rasa teringin nak bawak jalan2 lagi adalah. memang kelam kabut, tapi adventure. tu yg best

    ReplyDelete
  4. tpi best kan bawak baby shopping..dulu tgk org usunh anak..skg diri sendiri..sib baek izzul jenis xmeragam..mmg suka berjalan..even ngntuk or lapar pon dia boleh tahan lagi..kalo dulu makan sambil dukung pon boleh..xde istilah gilir2..tpi sapa abis dulu dia amik izzul la..tpi skg biler dia dah pandai makan yang payah..kite makan pon dia nak makan..xbagi nangis..tgn siap nak mencapai..

    ReplyDelete
  5. @yuzai - kita pun bakal lalui jugakla nanti apa yg yuzai lalui...hahah....

    ReplyDelete
  6. k.ros, xsabar nk maen keja2 ngn dia plak kat mall nanti..hehehe

    ReplyDelete
  7. @yuzai - hahaha...penat tapi sebenarnya...hati kita jadi senang...

    ReplyDelete