Monday, 19 December 2011

Mummy & Ayah yang sunyi

Sabtu, (17 Dec’11), genap seminggu Adelea kami tinggalkan kat kampung, sebabnya, masih tak dapat cari babysitter. Itu, alasan yang kami selalu bagi kalau orang tanya kenapa Adelea tak dibawa bersama. Itu, memang sebab utama. Tapi, kami kat sini tak beriya sangat pun nak cari.

Bukan taknak bawa, tapi banyak sebab yang menghalang.

1) kerja. Saya selalu balik lambat, terutamanya waktu reporting. Sampai 9 10 malam, kadang2 seminggu straight. Sebelum ni, saya sangat berbangga dengan pencapaian career saya, tapi sekarang, career tu dah tak bermakna kalau korbannya terpaksa berpisah dengan anak sendiri. Tapi, kerja memang kena kerja, mana boleh berhenti. Asan pun kadang2 kena balik lambat, LOCUM sampai 9 malam. Jadi, takkan nak tinggalkan adelea dengan babysitter sampai malam2 macam tu. Lainla kalau ada 2 kereta, mungkin takde masalah. Tapi, ada 2 kereta bukan rezeki kami lagi. Jadi, memang kena kerja (lebih) nak dapatkan 2 kereta.

2) tak ada babysitter. Memang kami cari jugak, tapi tulah..tak beriye mana pun. Sebenarnya, kami masih tak percaya nak serahkan adelea kat orang lain. Macam2 cerita kami dengar tentang kecuaian babysitter. Macam kawan blogger saya-Yuzai. Tak sanggup nak hadapi semua tu. Tapi, kalau takut semua perkara, 1 apa pun tak jadi. Hantar nursery? Lagilah tak percaya. Asan kata, adelea masih kecil. Memang, sebab tu saya setuju dia ditinggalkan kat kampung.

3) kesihatan adelea. Adelea kerap muntah, eventhough dah ditegakkan dalam jangka masa lama untuk sendawakan dia. Kadang2, dah tidur lebih kurang sejam, boleh bangun sebab nak muntah, lepas tu tidur balik. Sekarang dah fully FM, lagila asyik sendawa. Kesian baby hisap botol, angin banyak. Babysitter sanggup ke nak tegakkan adelea lama2? Sanggup ke kerap jenguk adelea tidur, takut2 dia muntah? Ish…makin banyak fikir, makin takut dan makin kuat hati untuk tinggalkan adelea kat kampung.

4) parenting. Serious saya masih tak pandai jaga baby. Memang saya dah boleh mandikan baby, boleh angkat & boleh dukung. Asan pun dah pandai dukung tidurkan adelea. Tapi setakat itu je. Kami masih tak mahir sepenuhnya. Lagi2 kalau adelea nangis kuat tak bersebab. Adoi, runsing dibuatnya. Tapi, kalau tak dibawa, macam mana nak tambah mahirkan cara jaga anak. Takpela, saya pasti perpisahan ni tak lama.

5) entah

Alasan memang boleh direka. Semua tahu kan, jaga baby ni susah. Tapi tu anak kita, susah senang kena jaga, kan? Kerja memerlukan kami pulang lewat. Kami tak percaya babysitter. Adelea perlukan penjagaan rapi. Kami masih tak tau jaga anak.

Hari terakhir, sebelum balik, saya dukung & peluk adelea, kalau boleh taknak lepas. Airmata dah berjurai2. Saya bisik kat adelea “ mummy minta maaf tau tak dapat jaga adelea”.

Cium lagi, bisik lagi “ maaf…maaf…maaf…maaf…”

Tak rindu ke…..? soalan jenis apakah itu? Adelea & mummy dah bersama selama 39 weeks + 3 days + 60 days, tiba2 kena berpisah. Apekah???


pengubat rindu...topi adelea yang masih ada bau kepala yang tak basuh seharian sebab demam...nila yang dicium2....


11 comments:

  1. takpe la ros,tunggu adelea besar sikit baru ko bawak duduk sekali...

    yang point no 4 tu,mula-mula balik ipoh bawak sarah,memang aku tak tahu sangat camne nak jaga sarah sebab sepanjang kat umah mak aku,mak dengan akak aku yang banyak jagakan.bila dia nangis,bukan aku yang tenangkan,mak dengan akak aku yang tenangkan.sampai bila dah balik ipoh ni,bila sarah mengamuk aku fikir nak balik kampung je bawak sarah.suami aku cakap kena la belajar sampai bila tak tahu nak jaga anak.alhamdulillah sekarang aku dah boleh handle anak sendiri walaupon kadang-kadang tak tahu jugak dia nangis sebab apa.

    nanti bila dah bawak balik adelea,automatik ko boleh handle..:)

    ReplyDelete
  2. ros.....*aku nangis*...aku just boleh doakan ko tabah berjauhan dgn adelea...

    ReplyDelete
  3. @ernie - tula, aku mmg yakin boleh jaga, tapi klu buang no.4, ade lagi 1, 2,3..masa ni aku dah rasa nak jadi housewife je...

    @bart - thanks bart...aku harap sangat..aku risau dia selalu muntah lepas susu...

    ReplyDelete
  4. @ernie - x dpt follow blog kau

    ReplyDelete
  5. nak folo ek..hihi...aku dh letak benda tu..bukan slalu pon aku update

    ReplyDelete
  6. aku paham perasaan ko bila anak asik muntah.ari tu sarah kena batuk2 pastu muntah pon aku dah risau,apetah lagi mcm adelea yang slalu muntah...

    sampai masa nanti,mesti ade peluang ko bleh bwk balik adelea..lgpon skang die dijaga dgn baik kan oleh mak ko..

    jadi bertabah la ok..:)

    ReplyDelete
  7. @ernie - tula, aku lagi yakin mak aku jaga..aku follow je semua blog kawan2 aku, asal update je aku bacala...hehe..

    ReplyDelete
  8. dik oii.. i have gone through the same phase.. and also the problem with job.. kerja rumah lagi.. all has been faced and tested and guess what... i am still alive. one thing i notice though, that moment in time, i still maintain my good reputation with my boss but i have shown him my side of the story and i TELL him i dont want more, i just want the same job and family. luckily he understand.. and at that time i was having like having a stalled career, and have to apply many leave to send Ami kampung everytime matters at hand getting worse..

    just be prepared mentally... you know what.. i think cedel is better at mak than you at this moment... just my 2 sen, dear.but you have to visit her often so that the bond continues.. pray for her in your doa...

    ReplyDelete
  9. semangat ros and hassan... Kalau kitorang ditempat ko pun...mesti buat benda sama punya... "that the best way 4 u n adelea right now... and adelea will understand... (bby kan terer baca hati mak ayah dia)...."

    ReplyDelete