Wednesday, 25 January 2012

Adelea 3 months Old Young

Mummy & Ayah,
Dedel dah cukup 3 months on 12/01/2012 haritu. Mummy & Ayah last balik masa New Year haritu, maknanye, dah 3 minggu Mummy & Ayah tak jumpe Dedel. Mesti Mummy & Ayah rindu kat Dedel kan? Lagi2 mummy, sebab kita ber2 dah sama2, susah senang sama2, masa pregnant & pantang. Lagipun mummy cepat cembeng, sikit lagi nak lawan ibu. Dedel tau. he he he.

Haritu masa check up untuk 3 bulan, berat Dedel naik sikit je tau. Dedel jaga badan. Lihat pinggangku…rampingkan…Tak macam mummy, bedal makan apa je depan mata. Tu yang dumuk dah Dedel tengok. Ayah pulak kurus kering je. Oooo mummy makan makanan ayah ye….mummy dumuk mummy dumuk. Tinggi pulak, boleh tahan. Tinggi kurus, itulah Dedel. Hahaha. Dedel nak tinggilah mummy. Tapi, bila Dedel tengok susur galur keturunan mummy, macam harapan tipis nak tinggi, harapkan ayah pulak, peluang macam ada, tapi, tak taulah kalau Dedel ikut gen mummy kan. Nak tinggi – sebut 44kali, hah confirm Dedel tinggi.

Nurse bagitau Wan, start borak2 dengan Dedel. Sukanya Dedel bila Nurse cakap macam tu. Bukan apa, Dedel takut sorang2. Like daughter like parentsla-penakut. Kalau Dedel bangun tidur, tengok wan + Atuk takde, Dedel jerit sekuat hati, kadang2 Dedel jerit yang tahap macam nampak han**. Yela, kalau Dedel nangis perlahan2, wan & atuk tak dengar nanti. Nanti berlari2 wan, risau cucu kesayangan dia ni entah apa hal. Padahal, Dedel mintak teman je.

Dedel suka bila wan & atuk dekat2 dengan Dedel. Atuk selalu nyanyi kat Dedel. Wan pulak suka borak2 dengan Dedel. Nanti Dedel pun respond kat Wan, tapi ayat Dedel tulah “hau hau haaauuuu”. Dedel belum pandai cakapla mummy. Dedel tau ok Wan & Atuk ade kat Dedel ke tak. Kadang2, Wan main trick tau dengan Dedel. Wan pasang TV, konon nak bagi Dedel ingat ada orang. Wan nak pergi masak. Dedel taulah takde orang. Dedel dah boleh cam sapa penjaga Dedel. Bila Dedel tengok wan & atuk, Dedel rasa selamat. Hehe…kadang2 wan tak boleh masak sebab kena mengadap muka Dedel 24 jam. Yela, dah Wan trick dengan Dedel, Dedel balaslah, tak bagi masak. Hahahaha.

Dedel suka bila mummy & ayah bawak Dedel jalan2. Dedel suka naik kereta. Dedel boleh tidur asalkan kereta gerak. kalau ayah stop kereta, Dedel mesti terbangun. tak selesa tidur sebab tak rasa getar2 naik kereta.

Dedel belum boleh tiarap lagi, tapi mummy selalu tiarapkan Dedel. Lepas tu mummy kena marah dengan Wan. Wan kata, ikut petua orang2 lama, biar budak pandai sendiri, biar belajar sendiri. Kalau disuruh sebelum waktunya, nanti sampai besar asyik nak bersuruh buat kerja, tak reti start sendiri. Mummy iyakan je. Dedel tau mummy bukan endah pun. Mummy mummy. Tu petua tu kena ikut mummy, ada sebab musababnya. Eh? Dedel pulak kena nasihat mummy. Tapi, ayah selalu tiarapkan Dedel atas badan ayah yang kurus kering tu. Rasa tu tulang temulang ayah, kadang2 bila Dedel rasa sakit dengan tulang temulang ayah tu, Dedel shoot air liur. Habis kotor baju ayah. HA HA HA HA. Nanti ayah letak Dedel balik atas tilam. Tiarap atas badan mummy best, macam tilam vono. Mummy kan dumuk.

Dedel dah sunat, aaauuuuuwww….tak sakit sangatlah mummy. Doctor tu pandai sunatkan. Mengikut islam, cara sunat bayi perempuan mesti tidak meninggalkan rasa sakit dan darah. Eh betul ke?

Ni gatal2 kat badan Dedel ni. haritu mummy & ayah balik berkejar2 pegi klinik. Last klinik pergi, doctor kata, maybe eczema. Adoiyai, gatal tau mummy badan Dedel ni. Klinik lain semua cakap, normal normal. Doctor ni semua tak faham tau. Dedel kalau gatal bukan reti garu sendiri. Nak suruh orang lain garu pun tak boleh, sebab Dedel tak pandai cakap. Doctor last ni best, ubat dia pun bagus. Sisik2 kat badan Dedel hilang lepas sapu ubat doctor yang last ni. ubat doctor lain, macam harem!

Mummy masih gatal2 lagi tak kat badan mummy? Masa dalam perut mummy dulu, Dedel selalu dengar mummy cakap dalam hati “sabar, sabar, takpe. Gatal2 bukan sebab buat jahat, sebab nak ada zuriat. Takpe, sabar sabar. Tahan gatal tahan gatal”. Dedel dengar mummy doa kat Allah, mummy cakap, mummy terseksa sebab gatal2 ni. mummy asyik garu2. Tapi mummy tak salahkan Allah, sebab mummy bersyukur tak lama lagi mummy nak jadi seorang ibu. Mummy kata, kalau gatal2 ni tak kurang takpelah, tapi Allah bagilah mummy sifat sabar yang tinggi. Sebab, bila mummy tak sabar, mummy mudah marah. Nanti mangsanya Ayahlah, sebab ayah paling dekat. Ayah takkan faham kenapa mummy selalu marah2. Mummy taknak jadi nusyuz, mummy nak rumahtangga bahagia, mummy mintak sangat2 mummy jadi orang yang sangat sangat sangat sangat sangat sabar. Kesian mummy, sebab pregnantkan Dedel, mummy kena penyakit gatal2 macam tu. Sorry mummy. Terima Kasih lahirkan Dedel. Love u Mummy. Love u Ayah.

Memandangkan ubat doctor ni bagus, mummy & ayah decide tak payah tukar susu kepada susu soya. Mummy, sedap ke susu soya? Pleaselah. Dedel nak enfalac jugak. susu tu sedap. Ok..Dedel tau susu ibu lagi bagus, tapi takpelah kan mummy. Takde rezeki Dedel nak susu mummy sampai at least 6 bulan. Dedel redha. Mummy jangan nangis. Dedel tau, kalau cerita bab2 mummy tak susukan Dedel dengan susu ibu, air mata mummy tu mudah bergenang. Mummy terasa macam orang salahkan mummy bagi Dedel susu enfalac. Takpe mummy, mereka tak tau sebabnya, mereka jugak tak tau susah senang hidup kita. Mereka hanya tau berkata2. Sabar ye mummy. Mummy strong.

Penatlah type2 ni mummy, ayah. Dah besar nanti, Dedel nak suruh secretary je type untuk Dedel. Kalau nak ada secretary, Dedel kena jadi boss. Hehehhe… sekarang pun Dedel dah macam boss kan mummy. Orang mandikan, orang pakaikan baju, orang tolong buat susu. bestnya jadi baby ni mummy.

Bye bye mummy & ayah, jumpa tempat biasa (dalam mimpi). Mummy selalu cakap macam ni kat ayahkan masa bercinta cintun dulu. Nanti ayah balas, ok, saya tunggu awak. Elleh, konon romantic lah tu.



mummy Dedel



Muka pasrah sebelum kena sunat



4 comments:

  1. bestnyer surat dedel tuk mummy n daddy dia..k.ros mmg kuat berpisah ngn anak..dedel pon peel lebih kurang ngn izzul..tau je org xde even psg tv...yup, setengah org dia pandang rendah pada org yg xbf anak dia..pada kite semua tue ada reason..kalo kata susu ibu anak kurang dapat penyakit tue mgkin fakta, tpi kalo bijak sume tue bergantung pada asuhan..yg pntng kite sbgai ibu do da best tuk anak kite kan...

    *plan nak amik dedel biler?kita pon berkira2 nak amik izzul..sian atuk n uwan dia xtdo malam sbb izzul cari kita..huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy berangan2....

      plan nak ambik ms rumah dah siap. tapi fikir2 balik, macam nak ambik lps dia dah besar sikit...lagi2 haritu masuk berita psl budak tersedak tu...lagi ngeri nak hntr kat nursery/pengasuh...mintak jauh...

      Delete
  2. amik bile dah pandai duduk la kak..tpi kalo lama sgt ngn atuk uwan, takut dia dah mnja, kenal org xnak ngn org laen...izzul skg prob tue la..dah kenal org, xnak dah ngn org laen..kalo ngn org laen tue xleh tinggal..kena dukung amik hati dia..kalo xnagis sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahlah...semua dalam perancangan lagi & tengok situasi masa tu mcm mn. tapi kalau boleh, nak ambik sekarang je. rasa rugi tak jaga sendiri, tak nampak perkembangan dia...tapi, keadaan tak mengizinkan...
      Adelea dah boleh cam penjaga, tapi so far dia nampak macam jenis tak kisah dengan semua orang. sekarang ni sapa je boleh agah dia. tak taula lepas ni, sebab dia baru 3 nak masuk 4 bln....

      Delete