Friday, 13 January 2012

Week 2 - Klang – Subang – PJ – KJ – Klang – Shah Alam – Klang

7 – 8 January 2012

This weekend, tak balik kampung jenguk Adelea, jadi kitorang merambu bagaikan baru bercinta tiga pat bulan.

Sabtu tu, kami laki bini bangun sedikit subuh gajah. Aku, buat muka tak bersalah, bangun, gosok gigi, on plaptop. Lakiku, menunjukkan kerajinan di pagi sabtu, capai2 penyapu, sapu2 dari pangkal ke hujung. Baru nak melabuhkan punggung ke sofa nak tengok TV, lakiku kata “pegila beli roti canai kat bawah tu”. Dengan sedikit ayat2 melawan, hentak2 kaki ala2 manja, capailah tudung & turun bawah pegi beli roti canai untuk breakfast kami. Balik dari beli breakfast, buka pintu, wow….lakiku…tengah mop lantai. Kenalah jalan jengket2, tak mau tinggalkan kesan tapak kaki. Karang, kalau ada kesan, naya. Harimau tengah lapar, jangan buat main.

Hamboih, kemain detail.

So, weekend ni, berazam jugak nak cari scarf rambut yang bercorak. Last Nampak kat subang parade. Macam biasa, memandangkan husband kita bukan househusband, kita sebagai isteri, kita boleh merengek macam ni “ yang, harini, singgah subang parade kejap, nak cari scarf yang corak2 tu” dak ayang kena setujulah kan, karang ada yang hentak2 kaki ala2 manja pulak.

Pusing habis dah kat subang parade tu, tak jumpa jugak scarf tu. Mungkin kakak tu dah tutup kedai or bulan tu tak dapat contract kat situ. Yang jumpa, scarf untuk Adelea. Tak sabar nak balik CNY ni nak gantung2kan Adelea. (mak aku, kalau aku pakaikan scarf or topi, dia gemar cakap macam gini “macam2 gantung pakaikan kat budak ni”)

Laki kita IT kan. Kita mintaklah tolong dia update kan iphone kita. Melepak berjam2 kat office dia, bolehla kita download2 lagu. Tapi yang sadis, lepas update tu, whatsapp hilang. Nak download balik, asyikla error. Maka, kita dah macam “so 2008” sebab kita tak tau gossip2 terkini dari adik beradik kita.

Malam tu konon nak pegi klcc. Tapi, 7 lebih still kat office, jadi KLCC cancel, tukar plan pergi OU. Cancel juga sebab hujan. Jadi, baliklah kami ke Klang, cari dinner. Sampai KJ, berenti kejap makan kat 1 kedai ikan bakar ni. Dengar cerita, sedap. Ikan sebesar2 ikan, sebab ikan kecik tak masuk pukat harini.hehehe. Bedal ajelah labu. Makan sehingga tersandar kekenyangan. Lakiku kata “penuh, rasa balik nak terus tidur”.

Kira tidur senang hati la malam tu. Sebelum tu, berazam bangun awal esok sebab nak pegi carboot sale.

Ahad, gajah juga. Tapi awal lagi, dan masih sempat nak pergi. Melilau2 cari barang2 basah. Peluh mengalir2 dalam baju. Panas tu walaupun masih pagi. Aku memang jakun, sebab tak pernah pergi. Bencinya kat situ, ada kedai lelong bantal murah2. Asan suruh aku beli jugak, sebab dia nak buang bantal kesayangan aku kat rumah tu. Dia kata “ orang kalau tengok bantal buruk awak tu, sure gelak sampai pengsan”.

(tu bantal kesayangan tu, lembut je. buruk memang buruk, dah hazab nipis, tapi aku suka sangat, sebab aku tak suka tidur bantal tinggi. Bantal tu, sampul yang balut span dalam tu, dah lunyai. Tinggal span je, kalau tidur ganas sikit, sure tercarik. Kena 24 jam pakai sarung bantal. Asan tunggu masa je nak buang. Hamboih kemain happy, akhirnya dapat jugak dia bakulsampahkan bantal itu.)

Barang basah dah, susu & pampers dak Dedel belum beli. Singgahlah Giant, dapatla Asan pegi hantar repair xbox dia yang tiba2 rosak lepas mummy menang kalahkan ayah 1st game lawan2. Dia konon super sayya, kita si botak kirin. Kirin menang hokeh!

Barang basah dah beli, kenalah masak.  Tapi malam jelah, kenyang lagi makan breakfast pukul 12 tgh hari. Santai2 kat rumah, makan durian, ngantuks, tidur. Dan, tidur petang tu disudahi dengan mimpi Dedel. Sob sob sob. Alahai adoi.

Masak, tengok tv,tidur. Esok isnin kerja. Nak rush untuk Year End Reporting lagi.








2 comments:

  1. eh..aku ingat lg cadar kuning ko tu..wah,masih ada lg..

    ReplyDelete
  2. @suziey - ada...itupun puas aku pertahankan..kalau tak, lama dah masuk tong sampah...bukan setakat dah tak cantik, memang dah buruk sangat...aku sayang, arwah nenek aku punya barang tu...sob sob sob....

    ReplyDelete