Wednesday, 25 January 2012

Week 4 – kami berGo-Liday lagi

(mesti anak2 sedaraku Qila, Alin & baby dah gembar-gemburkan kat blog memasing diorang pergi sini…mesti punya)

Kami jarang go-liday go-liday ni. 18 tu kami. Bukan senang nak kumpul semua dalam 1 1 masa. Eh? Kami 19 la. Sejak ada dak Dedel ni.

Kebagusan kami ni, kalau nak pergi trip or buat apa2 aktiviti, mesti nak buat ber-19. Mesti plan dulu. Whatsapp berjela2, email panjang2, last2 tak ke mana jugak. Bayangkan email dari tahun 2007 kata nak pergi situlah, sinilah. Semualah tak jadi sebab, ada antara 6N nak UPSR la PMR la. Asyik2 kalau call, tengah buat apa, mesti jawapannya baru balik tuition. Kalau tanya balik kampung tak minggu ni, mesti jawab tak balik, sebab? tuition. Anak2 sedara asyik tuition, mak2 sedara + pak sedara tension tau.

Kami memang kena plan dulu, atas dasar menghormati hak2 dan masa orang lain. Kalau orang lain mungkin boleh kot, main kuasa veto ajak kesana sini. Yang lain angguk kepala, ok ok, walaupun dalam hati fikir, mana aku nak cekau duit anak aku bukan sorang dua, takpun fikir, boss aku kasi cuti ke tak ni, takpun, kerja ofis melambak sapa nak siapkan kalau aku pergi go-liday. Jadi, walaupun orang nak kata kami slow, sebab plan banyak, satu hapa tak jadi, takpe. Sebab kami masih mengamalkan hormat menghormati, bukannya dominant gila kuasa gitu.

Entah sejak bila plan, tapi asalnya kami mahu ke Genting, nak seronok2 tak hengat dunia kat situ. Malam buat barbeque kat rumah angah, diuruskan sepenuhnya oleh 6N. Tapi Din tak berapa sihat, risau lagi kalau asthma menyerang, jadi plan Genting cancel, plan tukar ke Melaka Wonderland.

Melaka Wonderland
Wah wah wah seghonokla mereka memasing, aku gak yang masih dalam pantang. Omak tak boie main slide2 tu sumo eh, tak elok torontak-rontak. Baru lepas deliverla katakan. Okey. Kami kemas baju mandi laki kami je. Memberontak nih.

Halahai panas. Dak Dedel dengan ruam2 eczema, huh, makin mencanak2 naik merah2, sian dak dedel. Pak nah bawak masuk dalam kolam,wah wah wah tak nanes. Diam jek, focus sungguh, macam tengah focus jawab SPM. Bergambar dengan maskot2 wonderland, pun tak takut. Mak aku dah risau dah, budak kecik mudah terperanjat. Ikut petua orang dulu2, tu pantang tu. Tapi, mana asan & aku terfikir. Nampak mascot, Asan pun excited jerit “mummy cepat bawak dedel, kejar mascot”. Terus aku dukung dak dedel lari pergi kat mascot, kecek kecek ambik gambar. Takpelah. Dah lopeh.

Diorang seghonok2 main slide, kami-din,mak, aku, kak ya & dak dedel, duduk tunggu diorang habis berseronok. Lepas zohor, aku tak boleh tahan dah. Hati mengentan2 nak tau apa jadi kat diorang tu semua. Gembirakah? Seronokkah? Happy kah? Excited kah? Alahai jeles!

Sampai2 kat diorang, ghopenye, tengah kecoh2 sebab kakak aku tersangkut kat tengah2 slide tu. Slide tu memang memerlukan slider tolak kaki & badan kuat2 nak bagi sliding laju. Kalau tolak saklai maklai, alamat eh, memang sangkut. Dekah2 kami ketawa, bukan nak kesian ke hape ke. Lawak! Dapatlah snap seberapa, jadi ler. Ghopenye juge, sebelum2 tu banyak dah aksi lawak mengeletek pinggang.

Masa aku sampai tu, aku buat permintaan, mintak diorang lagi sekali main slide tu. Sekali 6 terus. Hehe..best. Yang kelakar eh, adik sangkut lagi. Adik kurus bonar. Tapi, adik bagus, tak mengalah, terus berjuang hingga ke garisan penamat. Ye yeah! (kalau ingat balik-ketawa dekah dekah dekah dekah)

Pak nah always ke-satu, champion ntah berapa kali berturut2. Sila cari peserta ke-6

Barbeque di malam ahad – misteri 4 drumsticks hilang
Barbeque asalnya wajiblah diuruskan sepenuhnya oleh 6N bersaudara. Tapi, ada orang tu ngelat. Ok takpe. (Orang tu sebok dok merungkai misteri movie Misteri Jalan Lama).

Siang tu, kak lang, kak chik, aku & asan keluar membeli barang2 barbeque. Singgah makan cendol sambil bercerita tentang kepentingan menjawab panggilan dan cara2 nak dapatkan barang2 free. Berfaedah juga topic. Hahahahha.

Abang ami sungguh2 menunjukkan leadership (tak taula kalau tula sekali). Arahan abang ami “kakya jaga steamboat je, sebab kakya semput”. Kakya ada asthma, mana boleh kena asap2 ni. karang semput karang, barbeque kat hospital kita. Bet, takde sapa alert pasal ni, mesti semua orang leka je bila kakya nak tolong kipas2 ayam/udang segala bagai. Mak aku? Sentiasa mempamerkan muka2 cemas, walaupun takde benda nak dicemaskan. Entah apa yang mak aku cemaskan, kami pun agak cemas memikirkannya.

Paling terpegun tengok, bila hujan turun mencurah2. Masing2 tanpa disuruh mengalihkan alatan2 barbeque ke porch kereta. Pak nah angkat tong gas. wow! Pak long angkut arang. wow! In, along, alang, alihkan ampaian baju nak letak tempat masak barbeque. wow! Achik alih kereta keluar porch. WOW WOW WOW! Aku? Dalam bilik, cuba tidurkan dak dedel yang tak mau tidur. wow!

Misterinya sekarang, 4 drumsticks hilang. Kami2 tak jumpa. Kami berfikir “oh beli ayam takdak peha agaknya”. Video cam elok ditalakan kat tempat barbeque & jelas disitu 4 drumsticks & wing tengah hangat di bakar. Video membuktikan ayam dibeli bersama drumsticks. Tiba-tiba, ada orang blocking video cam, elok je orang tu pergi, segala semua drumsticks & wing tu hilang terus. Haish! Bagaimana & bila si pengambil2 peha ambil, kami pun tak boleh nak tuduh. Takdak bukti dah. video pasang tapi orang blocking. Hau hau.

3 comments:

  1. kalau ikut ilmu deduce mendeduce ni.. (ala.. ala Sherlock Homes gitu.) kita dah dapat dapat tangkap dalangnya... x lain x bukan...eheheh.. biarlah rahsia!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yg sm mcm 2 thn lepas ke? ke ade suspect baru? hehe...

      Delete
    2. suspect lama dan baru... bergabung tenaga!!!

      Delete