Monday, 20 February 2012

Week 6 – Johor Premium Outlet

4th - 5th Feb, 2012 (+ 6th & 7th)

Minggu 4, turn rumah Segamat, cuti panjang on minggu 6 ni, turn balik Kota Tinggi. (dah terbayang2 apa my MIL masak, owhhh lazat lazat. Adakah nasi ayam? Adakah nasi lemak? Adakah sup tulang? Adakah…….adakah aku akan turun ke dapur, menolong apa yang patut? (tiada jawapan).

Jumaat malam dah gerak ke Segamat.
Tihihihihi…..sempat snap. Gatai!
Sebelum tu, berhempas pulas siapkan reporting, semata-mata taknak balik office on Monday & Tuesday. Cuti 2 hari sempena Maulidur Rasul & Thaipusam. Kalau ikutkan schedule, ada report kena submit Monday tu. tapi, siang2 I dah bagitau my Finance Manager kat Singapore tu, “I will submit to you by Friday, because I don’t want to come back on Monday. It’s either I sent to you on Friday or I send on Wednesday” Tuan-tuan & puan-puan, Wednesday dah kira submit report lambat 2 hari.
Ikutkan plan, 8 pagi dah nak gerak balik Kota. Tapi ni di snap pukul 9 pagi. Bukan nak gesa2 mandi ke apa yang patut. Anak beranak kat atas tu, tengah syok2 main guling. Mummy syok snap sana snap sini. Last2 gerak nak pukul 12 jugak. tinggallah “wan syaye” kat Segamat. Bye bye Wan syaye dengan Atuk syaye. Adelea nak pergi rumah nenek & atuk Semencu.
Adelea tengah tunjuk skill angkat kepala. yesss! kami nak membesar.
Ini lepas balik dari makan cendol kat Taman Yayasan. Dulu, bukak stall. Kini, dah buka kedai kecil kat corner bangunan. Masa ni, pekerja cendol tu ambil Adelea nak dukung. I dah cakap takpelah. Tapi dia macam terus ambil, I pun macam terus bagi. Berderau kot darah, orang tak kenal ambil anak kita. Masa tu I berharap sangat, Adelea nangis takut. Tapi, harapan tinggal harapan. Adelea tak takut dengan orang. Tak sampai 2 minit, I tak tahan, I datang kat pekerja tu, terus I ambil. Tapi still ambil baik2lah. Siap auta, cakap selalu Adelea nangis dengan orang. Tak mau kasi dia nangis. Ishhh…ngeri!
Drama mak & anak. OTW ke Kota tinggi. OTW ni, kami discuss husband & wife gitu, apa plan? JPO esok, harini kalau sempat. Monday ke Jusco Tebrau. Selasa pagi balik Segamat, malam rush balik Klang. Pastilah, merancang biasanya tak tepat.
Signboard ke JPO, pasti haritu jugakkan ke JPO. Dah terbayang2 nak beli La Senza. Sampai2, hampa. Sale dah tak gila2 masa JPO 1st2 launching dulu. Hampa. Tapi takpe, mau 2,000 steps pusing2 kat JPO tu.
Shopping takdak, gembirakan hati dengan ambil2 gambar (yang konon2 candid, sebenarnya tidak). ni masa tengah minum2 di coffee bean. mummy dengan ayah hilangkan dahaga dengan ice blended. Adelea minum enfa saja k.
 
Ahad petang, jalan2 kat pantai Desaru. Dah nak tutup lagipun. Sampai 5pm something, tutup pukul 7. Fee RM4 pun tak kena bayar. Tapi, pelikkan, public place macam tu pun kena fee nak masuk jugak. hajat nak makan durian otw balik pun tak kesampaian, sebab dah tutup. So, balik rumah jelah.

Isnin? Moh Jusco Tebrau. Siap2 mandi2 wangi2. Adelea dah ready nak jalan2. Sebelum tu, singgah makan kat Roti Pool. Oklah, sedap jugak. Roti Pool ni, roti yang dibakar dengan mentega cicah dengan so called Kari. Maybe kari. Rasa macam kari. Sedap. Mummy makan roti bakar je. Ok, sekarang, betul2 ke Jusco Tebrau. tapi....singgah sat ke Danga Bay. Hampa lagi, sebab Danga Bay dah tak se best dulu2. dah macam pantai terbiar pun ada.
Tak pasti samaada tak ada or tak tau or tak jumpa, Jusco Tebrau takde toilet khas untuk nappy changing. Last2 tukar kat bench luat washroom tu je. Alas dengan baju (sebab tak bawak tilam baby), salinlah pampers atas bench. Adelea bagus. Kalau berjalan, berdukung, dia memang takde ragam. Masuk Jusco, baru perasan ada 1 laluan, tulis kat situ “nappy change”. Kat sini rupanya. Haish!

Kalau pergi Jusco Tebrau, kami pasti akan makan kat sini. dah lupa nama restoran, tapi, kat pintu masuk ada gorilla, so kami panggil kedai gorilla jelah. kan Kak ya?


Saja nak compare, rasanya dah no more hidung mummy dah kan....kena urut2 sikit ni bagi tinggi sikit...
Suasana dalam Kedai Gorilla. mesti order ala-ala steak dia. sedap. daging mentah atas batu panas. so macam main masak2 jugaklah. hihihi...asyik main khawin2 je kan.....

Hasil Jusco Tebrau? Takde.

Selasa? Harapan nak balik Segamat di kala pagi, memang harapan tinggal harapan. Ada plan lain, ke rumah cousin Asan. 2 kereta, kereta I dengan kereta my FIL. Adelea? Dia naik kereta my FIL. Adelea memang suka naik kereta. Pastinya, dia tak nangis sepanjang2 perjalanan. Tak kisah pun, bukan mummy dia yang dukung. Ermmmm ….a-nak a-nak….

2.30pm gerak balik ke Segamat. 

Drama ayah & anak.


Bye Bye Adelea, nanti ayah & mummy balik lagi k. tu dia, pink dragon. jangan gaduh2 k. love u syayang!

2 comments:

  1. Jalan aje adelea ye..:)

    Tak bukak ke ros mitten die?aku ari tu sarah aku dh bukak masa dh dekat 3 bulan.mmg calar balar gak muka sbb kuku tajam.lama-lama ok la...tp ikut ko la,tanak takpe...:)

    Biasanya jusco ade baby room dekat department baby tu...kat situ siap ade nursing room

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak bukak, sampai sekarang pakaikan lagi. adelea masih bedung tau. dah jadi habit, selagi tak bedung, selagi tu dia macam rimas tak dapat tidur. mitten tu sebab adelea suka usik mata. ngeri aku. 1 lagi sebab adelea kan ada gatal2 kat pipi tu, dia suka usik situ, mungkin gatal, nak garu kot. kat pipi memang dah merah2 dah, kalau adelea cakar, lagi pedih kot bila letak ubat cream tu.
      tapi, aku dah tak belikan mitten baru, pakai je apa yang ada. mak aku pun dah tak kasi beli mitten, beli socks ok sebab mak aku kata budak kecik kena lagi pakai socks. tapi aku tak tahan tengok mitten comel2...hahahah...kalau boleh nak borong habis...
      kat jusco, tula aku cari tapi xde washroom kat dalam jusco tebrau tu. selalu jusco ada washroom + nappy change kan? kat tebrau ni xde. tak taulah takde or aku x jumpa. bila dah masuk jalan2 dalam jusco tebrau tu, baru perasan ada bilik untuk nappy change sahaja...kelam kabut jugak aku masa tu. nasib baik adelea business kecil je masa tu, kalau business besar, mau aku biarkan je....hahahah...

      Delete