Thursday, 15 March 2012

Week 9 - Family Day the husband

Kemana kita minggu ni? hamboih hamboih hamboih, asyik berjalan macam poket penuh.

This week ada Family Day for Computer Technician ONLY anjuran Computer Technician, Jabatan Teknologi Maklumat, PPUM (pssstttttt monthly collection RM20). Asan punya workplace la. Jadi, datang sini, nak enjoy2, sukaria, hilangkan tension kerja kan. Yela, mereka2 ni asyik kena on call. Tengah tidur pun sanggup bangun kalau handphone bunyi2. (ehem…rakan2 ku sekalian, iaitu wife kepada technician, jangan caya na. tetengok jugak-Jaga jaga, ada tino merati laki kita)

((jaga-jaga, ada betina memerhati husband kita))

Yelah kan, sekarang ni macam2 kes. Kalau tak jaga2, tak pasal2, 10 tahun akan datang, diorang buat family day ni lagi, muka2 bini diorang ni berubah dah. bukan muka2 kita lagi-MINTAK SIMPANG!

Family day ni diadakan di Maninjau Chalet, Janda Baik, Pahang. Janda baik? Macam mana? Best ke tempatnya?

Memetik kepada ayat anak kawan aku (diceritakan oleh ibunya), dan diubah suai oleh Ros Flower,

Anak 1 : Mama, best tak tempat janda baik tu?

Anak 2 : Kalau janda baik, mestilah tempatnya baik jugak. cantik, lawa, bersih. Kalau janda jahat, mesti tempat dia kotor, busuk, hancing, jikjik.

Ha…budak kecil pun tau bezakan mana yang baik mana yang buruk. Kita yang besar ni, malulah kan kalau tak boleh beza mana yang baik mana yang buruk. Tapi, lumrah manusia, kan suka benda2 yang busuk2 ni. benda2 yang lagi dihalang lagi dibuat lagi manis rasanya. Tak caya, tanya syaiton. Pasti dia kata “ya”.

Malaslah nak promote habis2 tempat ni. bukan dapat percent kan. Jadi, google lah sendiri & saksikan dengan sendiri how Maninja Chalet looks like ya. Tengok sendirilah gambar2 dari website yang telah influence diorang2 ni memilih tempat ni, untuk dijadikan destinasi pilihan.

lepas tu, layan gambar dari camera iPhone ku pula.


ni je? iya dik non. bukan i tak reti ambik gambar, tapi i tak tau mana angle nak ambik sebab memang tak dapat cari rupa yang sebijik dalam website tu.

Bilik I special, lain dari yang lain, sebab ada pakej katil + bebantal berabuk + selimut berabuk + bilik air penuh bangkai nyamuk + sabun2 tinggalan yang entah dari zaman bila tidak dibersihkan + KATAK!

SERIOUS! special kan?

Moral of the story :
1) datang awal, dapat cop bilik yang ada pakej selain pakej katak seperti pakej belalang, rama-rama dan siput vavi. (ggggrrr)
2) percayalah 100% kepada gambar internet. seperti gambar dalam website, dimana gambar2nya yang diambil sebaik sahaja selesai lamannya disapu bersih dan semena2 diupload di dalam website pada tahun 2009 dan tak pernah dikemas kini selepas itu. (ggggrrr)
3) len kali bayar le mahal sikit bang (gggrrrrr)
4) ros....jangan nak membebel, dahlah sampai lambat. sampai2, salam2 terus duduk borak2, macam orang berat punggung. bukan nak tolong apa yang patut. dahtu, selamba diri depan sekali depan makanan, sebab senang nak rebut drumstik sekali 2 sebaik sahaja datok zahar habis baca doa, rebut untuk diri sendiri dengan untuk Asan (drumstick limited sebab tu kena rebut). Lepas makan sambung borak lagi, macam takde kerja lain. dahlah tu, bangun pagi lambat, tak tolong kaum hawa masak breakfast. dah tu sambil masak sambil borak, suruh buat air taknak, terpaksa Yani yang buat. Seb baik.
5) ermmm....tak sabar nak jumpa kaum hawa lagi.
6) kalau ada Family Day lagi, cop jangan bagi saya tugas di pagi hening seperti memasak breakfast @ kejut orang bangun solat subuh. please tugaskan saya kerja2 selepas pukul 10 pagi. Sebab, kejadian pagi di Cherating & Janda Baik pasti berulang, KOMPEM!

1 comment: