Thursday, 12 April 2012

Cuti. Apa plan?

Ni lah. Wanita zaman sekarang. Cuti bukannya nak belajar masak, menambahkan skill masak. Asyiklah masak nasi goreng campak2, takpun masak mee goreng campak2. Paling modern pun, spaghetti prego campak2. Kesian laki kau yang nama H (bukan nama sebenar), terkelip2 terkulat2 mata makan telan masuk perut. Bila wife tanya, ok wak? Sedap wak? Jawapan yang diberikan adalah “sedap”. “ok”. “oklah ni”. tapi tak habis. Takpun tak tambah. Jaga hati isteri. Yolah! Tapi berani kau masak campak2 rumah mertua kau? Berani? Untuk mengelakkan untuk membuktikan I berani ke tak, I tak masak. Duduk dapur potong2 bawang SAHAJA. Kat rumah sendiri lagilah. Macam untouchable queen. Gatal tapak tangan tumbuk bawang. Adik beradik yang ke (tak boleh bagitau) tengah buat pakatan nak kenakan mummy Adelea. Siaplah!

Ok ok..melalut. adik beradik I semua ok ok belaka. No hal. If I masuk dapur, sapa pulak nak duduk depan tengok TV sambil duduk macam orang kalah judi. Sapa? So, biar dau duduk depan. Senang nanti kalau ada orang bagi salam, boleh jawab. Semua kat dapur, mana nak dengar. Dapur dengan hall sepelaung jauhnya.

Ok melalut lagi. Layankan aje.

Jadi plan harini adalah untuk mengrestock (contoh2 lepasan SPM yang tak dapat BM A1) barang2 dapur, nak beli baju kemeja office, nak gunting rambut, nak melawat sepupu Asan baru lepas delivery. Wah banyaknya aktiviti. Terasa seperti YB. Lepas ni, kalau jalan mana2, nanti ada orang angkat tangan, angguk kepala lepas tu cakap “wopppppp”. Ok bayangkan.

Bangun pagi, dimulakan dengan call Adelea di kampung. Conversation seperti ini,

Mummy : ello Atelea. Ni mummy ni. Atelea dah matan te belum?
Adelea : ahhhhhn…..aaaahhhhhnn….errrrrr
Mummy : ooooo dah matan. Oooo Atelea matan banyak tak?
Adelea : ahhhnnnn…..ahhhhnnnnn….ahhhhh nnnn….werrrrr…werrrrrrr
Mummy : ooo sedap ek, mesekut yang wan syaye buattan untuk Atelea. Atelea windu mummy? Mummy windu Adelea.
Adelea : ahhnn…..werrrrrr……..awwwwwhhhhnnnnnn…
Mummy : ooh..windu.. cakaplah betul2….winduuuuu.. (mula nak nangis. Gedik)

Adelea baru nak masuk 6 bulan 12 Apr ni. Takkanlah dia nak jawab, dah makan, sedap, rindu mummy jugak. mau terlompat terkencing beruk I kat sini. Call my mom lah. Tanya Adelea punya development. Supposed dia kena jab 6 months harini, tapi cuti public holiday, pertabalan agung. Tunda next week.

Lepas call, on laptop. Emel boss & colleague kat Singapore yang I akan online until noon. (ni rajin ikhlas ke tak ikhlas I tak sure). Lepas tu buat breakfast. Susah wooo buat breakfast. Mula2 ambil 1 packet of tepung cucur adabi, ambil gunting potong atas, ambil mangkuk, tuang semua tepung dalam mangkuk, buang bekas dalam plastic sampah, ambil kuali letak atas stove, angkat bekas minyak, tuang minyak dalam kuali, on stove nak panaskan minyak, campur tepung dengan air masak, gaul2, campur air masak lagi sebab masih ada tepung yang tak sebati, gaul2 lagi, air masak lagi, tunggu minyak betul2 panas, ambil sesudu demi sesudu masukkan dalam kuali sampai habis satu mangkuk, ambil sudip, balik2kan cucur tu, balik2kan lagi untuk elak hangus, balik2 lagi sampai masak, siap2 ready mangkuk bersih, ambil tisu alas mangkuk, angkat cucur, toskan masuk mangkuk, ambil lagi cucur yang dalam kuali, habiskan semua, tutup stove, hidangkan kat encik suami. Makan.

Hehehehehe….

Tulis panjang lebar, konon susah. Padahal senang. Karang I nak restock lagi yang ini, tapi nak ambil yang lain perisa. Pelbagai.

Lepas tu, melayan emel dari mereka yang bekerja di Singapore. Fuh, nasib tak banyak. Sambil2 tu letak mask kat hidung (sebab perasan bila dah wash off mask terus jadi lawa, padahal perasan je), dan google about King Installation. Serious rajin membaca menjadi-jadi semenjak involve blogging sengsorang diri ni. sikit2 kalau tak tau, nak google, then save dalam word, bagi nama “pengetahuan am”. Kalau resipi, nama file “resipi”. Kalau lirik lagu “lirik lagu English”, “lirik lagu Indon”, “lirik lagu melayu”. Dah apehal lagu melayu pun siap nak buat lirik.

Apa ni dah melalut dah ni. nak cerita pasal plan cuti je. Ok, kadang2 1 1 perkara tu tak jadi sebab cakap banyak takde action. Jadi, mau angkat punggung sekarang mau siap2. Maklumlah YB, tak boleh lambat. Next PRU takdak sapa nak undi.

* effect berdiri senget sebab perasan slim selepas 6 months delivery. Padahal, perut tiada harapan.
** gambar suci, dipancari cahaya keimanan (lampu). Terpaksa letak juga blurry picture (buka rahsia, sebenarnya, bukan blurry. Tapi cermin yang dah berabuk macam dah 6 bulan tak guna. Padahal dah 6 bulan tak lap. Biar berabuk, at least tak pengsan bila tengok muka or badan sendiri kat cermin)
*** YB dengan husband dia ready nak pergi delivery. Eh bukan. Nak pergi lawat orang delivery. Saja gambar YB bagi effect cahaya. Saja.

Footnote 1 : saja taknak lap cermin, supaya biar gambar blurry. Supaya orang tak minat nak copy, supaya selamat. Ke?
Footnote 2 : kitorang takde almari pakaian, tapi kitorang ada 1 bilik untuk pakaian dan berdandan. Macam kaya je bunyinya. Amin. *ros kaya harta dunia juga harta akhirat. Amin. Sebut 44 kali*.
Footnote 3 : segala plan YB harini, hanya 1 yang jadi, iaitu melawat orang baru delivery. Entah apa hal, semua pun nak outing ke e@curve. Ticket wayang penuh.

No comments:

Post a Comment