Thursday, 10 May 2012

Jahatkan pendera ni

Terkesan betul bila tengok vid seorang ibu mendera anak kecil dia yang baru pandai nak merangkak. Kena pukul bertubi2 dengan bantal. Bayangkan dalam keadan meniarap, kepala kena hempuk dengan bantal tertunam muka tu kat tilam. Bagi seorang budak kecil, yang tak berdaya macam tu, hempukan tu sangatlah menyeksa dia. dengar kata sekarang, budak kecil tu trauma. Orang nak pegang, dia menangis. Alahai kesian. Tak pasal2 terpisah dari ibu sendiri, lepas tu dijaga di bawah kebajikan. Ada ibu (& mungkin bapa) tapi macam tiada ibu bapa.

Entah apalah yang merasuk ibu tu sampai sanggup memperlakukan anak sendiri macam tu. langsung takde perikemanusiaan. Yang nampak Cuma perikebinatangan serba kebabian. Mentang2lah budak tu tak berdaya melawan, suka hati setan kau je pukul budak tu macam tu. cuba bagi hulk depan mata kau. Ada bran?

Dengar kata juga, ibu tu “senget” sikit. Tertekan sebab pernah dirogol & kemungkinan anak tu is “child without marriage”. Kesian pulak kat ibu tu, walaupun habis dah segala macam sumpah seranah aku keluarkan khas untuk perempuan bangang tu. macam2 woi! Sumpah anak kau taknak jaga kaulah. Sumpah kau menyesal tapi anak kau tak sayang kau lah. Doakan kau duduk rumah orang2 tua sebab anak kau taknak jaga kau. Sumpah kau masuk neraka la.sumpah kau mimpi hari2 kau dera anak kau, sampai tertekan sampai sakit mental betul2.

Sorrylah kak, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, insya-Allah termakbullah doa2 aku tu. tapi kan, kalau betullah kes dia dirogol, BANGANG tu sepatutnya didoakan khas untuk si perogol tu. sedap2 kau rogol perempuan sampai pregnant, lepas tu mestilah kau tak kisah & tak ambil tau pun pasal perempuan tu kan. Mengandung ke? Gila ke? Bunuh diri ke? Tapi, memang lumrah kan. Kalau ada kesalahan apa2, orang mudah menuding jari pada yang perempuan. Tinggi sangat ke martabat lelaki yang bernama perogol ni? setahu aku, dalam Islam, darjah martabat seorang wanita itu lagi tinggi dari orang lelaki. Sentiment jenis apa yang semua orang asyik nak salahkan orang perempuan.

Erm….ye aku tau, aku pun mula2 tengok vid ni salahkan perempuan jugak. lumrah aku sebagai manusia biasa, hanya menyalahkan apa yang ada di depan mata. Aku ada baca pasal seorang bapa baling baby sampai mati. Takde pulak difacebook kan, or ditwitterkan sampai macam ni sekali. Kenapa ek?

Tapi, apa kita nak doakan kat perogol ni? erm…apa kata doa seperti,
1) doa supaya hidup sentiasa tidak tenang.
2) doa sentiasa rasa susah hati walaupun hidup dah senang
3) doa sentiasa sentiasa rasa tak cukup. contoh, lepas dapat duit (dari cara haram), sentiasa tak cukup
4) doa supaya mata buta..ok jugak ek...
Rasa macam tak puas hatilah, kalau orang yang menganiaya orang lain, tapi lepas tu menyesal terus bertaubat tapi tak dapat seksa kat dunia ni. akhirat tu Wallahualam. Biarlah Allah balas segala kejahatan tahap setan tu.

Ramai lagi kot baby2 yang malang kat luar sana. Kat luar Negara lagilah macam2. Kena liwatla, kena rogollah. alahai…bodoh piang betul manusia lembu ni. bukan tu je, sindiket2 jual baby, bunuh baby. Sindiket pelacuran kanak2, minta sedekah, wah…makin berleluasa. Kan manusia akhir zaman. Macam ni lah. Lagi banyak manusia lembu muka macam babi dari manusia yang beriman.
Kena pukul sakit woi!.

Doa aku untuk baby2, anak2 kecil, wanita2 dan manusia yang lemah, yang dianayai oleh orang lain:

1) semoga Allah tarik balik kesakitan baby2/anak2 kecil ni, satu hari nanti Allah bagi balik kat pendera2 tu. Insya-Allah
2) baby2/anak kecil yang hidup terumbang ambing, semoga Allah memelihara perjalanan hidup mereka di dunia ini. Semoga mereka mampu berdikari di atas tapak kaki sendiri, semoga mereka meampu menjaga & mempertahankan diri sendiri. Andainya mereka tersesat or hampir tersesat, Allah pelihara mereka semoga mereka sentiasa mendapat hidayah Allah, sentiasa berada di jalan Allah, sentiasa berada dalam linkungan Allah. Insya-Allah
3) baby2/anak2 kecil yang Allah lebih sayangkan mereka (meninggal dunia akibat terseksa), semoga Allah tempatkan mereka di Syurga. Hadiahkan mereka seorang bidadari yang boleh mengganti ibu bapa mereka yang kejam di dunia ini. Insya-Allah.
4) termasuklah wanita2 yang diseksa, dianiaya & diperdagangkan macam hamba abdi, semoga Allah buka jalan di dunia ini agar mereka dapat kembali hidup bahagia & tidak terseksa lagi hidup kat dunia ni.

Apa lagi ek. Marilah kita sama2 doakan yang terbaik untuk kita semua. Yang jahat tu, kita doa, terseksa dulu, lepas tu baru kita doa bertaubat. Eh…tak payahlah doa…buat apa? Sedap2 dia seksa orang, lepas tu kita pulak susah2 nak doakan dia bertaubat. Pegi mampuslah!

No comments:

Post a Comment