Wednesday, 24 October 2012

batas

Sebenarnya, aku ni takdelah baik sangat. Tapi, masih boleh senyum kalau orang buat lawak bangang pasal aku, boleh lagi senyum kalau orang cakap benda2 yang tak patut dicakap depan aku. Sungguh aku boleh senyum. Kalaulah kau boleh bezakan antara senyum hakiki dengan senyum pelesu aku ni. Ah….soghy…aku lupa…IQ kau tak tinggi. Mana mungkin kau bezakan.

Dulu junior kata aku garang. Apa case. Tulah korang, tak reti bezakan la tu. Malas aku nak explain apa maksud garang apa maksud lembut je. Tapi, baguslah, aku lagi suka. Korang tak kacau hidup aku. aku tak kacau hidup kau. Aku garang! Kau lupa? kau tiru tandatangan aku pun, tak pernah aku canang2kan kepada sesiapa. aku halalkan. aku tau, kau baru nak hidup. aku faham, sebab, suatu masa dahulu, hidup aku pun tak penuh dengan bunga. 

Ada yang kata aku ni “angin memanjang”. Hoi….tak cool ok. Ok….terima kasih pada yang cakap macam tu. Aku suka pulak. Sebab kau cakap dalam perasaan yang bukan benci aku, bukan jugak dalam perasaan sayang aku. Kan? Kau jangan cakap tak. Ha ha ha. Beza banyak. Aku nak berubah la ni. Aku dah start berubah. Sebab pada aku “angin memanjang” langsung tak cool. Tapi, kau ingat senang? Lagipun, kenapa aku nak bazirkan masa dan tenaga fikir untuk senangkan hati orang?

Aku tak berhenti berfikir. Tak pernah salah kalau nak berubah dari buruk kepada elok. Tapi kalau nak berubah dari alim kepada setan, harus aku cadangkan kau segera jumpa doctor. Istighfar. Sebab aku pasti benar, ada wayar kau putus. Bila dah mula masuk alam gaji, aduh! Memang betul2 diuji. Tapi aku sabar. Kalau aku tak sabar, tak sampai 3 hari aku tender 24 hours. Kau kiralah hampir 5 tahun, berapa banyak pulak company aku kerja.

Bagilah singa mana pun, beruang mana pun, harimau ke gajah ke spesies yang garang2 tu, aku boleh handle. Sedih, malu, simpan dalam hati. Takpe. Marahlah aku depan semua mata, depan semua telinga, depan semua mulut yang pasti akan membawa mulut dan bontot tonggeknya ke department lain. Aku tak kisah. Langsung! Asalkan kau ajar aku kerja. Sampai aku boleh fikir apa nak buat bila masalah datang. ajar aku sampai pandai. eh...bukan. Ajar aku sampai kau kata aku pandai. Tak pernah sekali aku keluarkan ayat “aku benci kau”.

Sungguh, aku tak pernah simpan dendam. Aku berterima kasih. pandai aku, itu hutang. Aku minta halalkan. Dah tentu2 aku tak tau macam mana nak bayar. Aku salurkan pada “budak baru”. Insya-Allah keberkatan ilmu tu, kau dapat sekali. Tak pernah putus selagi ia tersebar, Allah dah janji.

Aku dah tau aku bukan budak2. Jadi, aku tak tunjuk marah kalau hati aku disentap. Sabar. aku slow. Ok, aku cuba kira laju-laju. Aku tak fikir. Ok, aku akan banyakkan baca policy. Aku cuai. Ok, aku check sampai sepuluh kali. Sampai kau kata “ada improvement”, “good job”, “well done”. Mahu aku tak terbang bila dipuji. Usaha aku, takkan nak berkabung pulak.

Dah berapa tahun, dah macam2 aku jumpa. Hampir matangkan aku. Hampir cukup ajar aku macam mana nak tangani manusia. tapi rupanya, masih jauh dan masih banyak ilmu yang aku belum timba. aku kena tingkatkan lagi usaha. jangan halang aku untuk berjaya.

Berkata ya pada apa yang kita rasa ya, berkata tidak apa kita rasa tidak. Tak mudah. Tapi, itu perlu. Pertama-tama, tunjuk pendirian bagaimana kita, ini paling penting. Tapi janganlah sampai pendirian orang lain kau pijak2kan. Tu namanya bodoh! Tak tau buat cara tak tau. Nak minta orang ajar, buat cara nak minta orang ajar. Jangan kurang ajar.

Selalu aku positifkan diri. Personal test kata aku pessimist. Mandai lah kau. Tak kisahlah kalau selama ni kau makan dengan aku, tiba2 kau nak makan dengan orang lain. Eh…tak pernah kisah. Kau bukan report kat aku. Perlu ke semua benda nak report kat aku. Renti2kanlah menyusahkan kotak fikiran aku.

MYOB-mind your own business. Aku suka macam ni. Bukan bermaksud aku tak sedar, andai aku pergi tinggalkan dunia ni, aku uruskan sendiri. Bukan macam tu. Cuma, ahhhhhh….macam mana ya. Buat jelah cara kau, aku cara aku. Tak perlu ubah untuk sedapkan hati sesame kita. Tak perlu. Tak perlu susahkan hidup aku, tak perlu susahkan hidup kau.

Sebab tu bila aku nak cari rumah sewa, aku cari yang ada tulis “MYOB”, aku tak pandang pada “friendly roommate". Bukan sombong, tapi kau bayangkan. Kalau dah nama pun friendly, beli beras mesti nak sama2. Karang, beras yang aku makan lebih sebutir, atau sawi aku makan lebih sehelai, aku takut kau kata aku mengelat. Jadi kau beli beras wangi kau, aku beli beras budget faiza aku. Tak pernah cemburu aku lihat kau makan. Tak pernah peduli andai kau kata aku kedana. Tapi, kalau kau nak mintakkan aku beli dinner kau kat mamak, on the way balik, aku on je. Janji bayar balik. Sebab gaji aku bukan nak penuhkan tembolok kau, bukan nak kenyangkan perut kau, bukan nak bagi kau melepas hari2.

So dah cool belum aku? Wei…kau….kau jawab! Tapi jangan perasan terbang di awan. Aku berubah bukan kerna kau. Aku berubah kerna aku yang tersedar dari lamunan.

Doakan aku sentiasa dalam lindungan berkatnya. Doakan aku jauh dari tipu daya syaitan yang direjam!

2 comments:

  1. Cool, sis. Take it positively n constructively. We can never make everyone happy n satisfied. It is learning curve. I had it hard too but once u are on the top u, u might act the same. So it is always good to remind each other where n what we used to be. Btw, it is nice to be the devil sometime ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ana...dah takde apa2 pun...saja luahan perasaan sebab meluat dengan ^$$(_*^&&$(.. haha...kita memang jarang sesangat jaga hati orang, sebab...baik kita jaga hati kita danorang2 kita sayang....kannnnn...heheh

      Delete