Tuesday, 23 September 2014

berpantang


Seronoknya berpantang

Satu – Tak perlu pergi kerja.
Don’t get me wrong, bukan tak suka kerja, cuma macam best tak perlu iron baju to work, tak perlu fikir due date hantar reporting, tak perlu pening kepala harungi traffic jammed...macam-macam.

Dua – tak payah masak
Chef Emak dah siapkan semua. Hehehehe.

Tiga – tak payah buat kerja rumah
Sapu sapu mop mop, memang bukan kerja saya. Tapi, masa berpantang ni, memang cuti betul dari buat kerja rumah. Sikir-sikit buatlah, macam lipat baju itupun lipat baju sendiri & anak-anak. Basuh pinggan pun, pinggan sendiri. Lipat selimut sendiri. Macam tu jelah. Yang ringan-ringan. Lagipun, fasa sekarang ni, mana boleh angkat benda berat-berat.

Empat – tidur anytime
Kecuali waktu malam. Sebab Emran still bangun malam untuk menyusu. Sometimes, susu 15 minit, tidur 5 minit, susu lagi 20 minit, tidur 10 minit. Kadang-kadang sampai 2 jam baru dia tidur lena 3 @ 4 jam. So, waktu Emran tidur, saya pun tidur sekali. Sekarang dah boleh agak-agak jadual dia, senang sikit. Boleh bangun lambat lagi. Sebab malam tidur tak lena, and last Emran susu biasanya pukul 5 @ 6 pagi, so saya bantai tidur sampai pukul 9 pagi. Emran pun dari dulu, waktu pagi memang dia lena. Dapatlah cover tidur malam yang terganggu tu.


Apa yang rindu nak buat masa berpantang?

Satu – menjahit
Tak sabar nak sambung aktiviti menjahit. Macam-macam idea dah ada dalam fikiran ni. Kesian idea hanya di buku sketch. Colleague pun ada yang dah nak tempah simple blouse dari hari raya haritu. Tapi, perut tengah sarat kan, tak sanggup la nak cuba buat untuk diorang. Harapnya, lepas berpantang ni, dah boleh start.

Dua – Rindu aktiviti di Office
Rrindu juga nak balik office. Pergi lunch dengan colleague, pergi window shopping, balik lambat, on the way balik pot pet pot pet mengumpat boss kecik yang besar. Hehehe. Sesekali.

Tiga – Tak sabar nak try masak recipe baru
Saya suka masak, try resipi baru. Okay, bukan resipi baru la. Masak benda-benda yang orang dah biasa masak, tapi saya baru nak belajar masak. Asyik la tengok IG Foodnetwork, then start berangan nak pergi beli bahan those recipe yang simple tu. Yang simple je la, and those yang bahan mudah dicari. Kalau bahan dia nama ^$(^$@^#)$*...Allah....tak faham.

Empat – Rindu internet coverage yang laju.
(tiada explanation)

No comments:

Post a Comment