Wednesday, 15 April 2015

APRIL SUDAH


Dah April.
Dah masuk 2nd quarter of the year. Ya Allah, cepat masa berlalu kan? The time flies without us realizing it. Pada yang memang menghargai masa, Alhamdulilllah saya confirm memang masa tu digunakan sebaik mungkin. Bila kita betul-betul menghargai masa, then kita ingat balik kejadian yang berlaku di masa lepas, or perkara-perkara kebaikkan yang kita lakukan di masa lepas, manisnya. Allah S.W.T sahaja yang tahu.

Macam saya, well…takdelah saya kata setiap masa saya terisi dengan perkara berfaedah semata. Haha. Saya masih insan kerdil, yang masih bertatih untuk berubah menjadi lebih baik dari hari kesehari.

Dan, dah tentunya yang paling saya hargai ialah business yang sedang saya jalankan sekarang.
Saya akui, setakat ini, saya masih “baru”, masih “clean”, masih “fresh” dalam dunia business. Masih belum capai target, tapi, Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat saya masih lagi menyimpan perasaan “aku nak maju aku nak maju” dalam business ni. Kata orang “tak nampak apa pun lagi”. Ya Allah. Kalau ikutkan pandangan orang memang boleh berhenti, nahhhh setakat ni jelah heh!


So, kalau ada yang rasa saya gila, "kegilaan apa ni Ros? Sanggup kau bersusah payah....." 
Kalau nak tahu jawapannya, fahamilah quote ni.

Pada saya, saya percaya, tak kisah bagaimana kita bermula, bagaimana perjalanan kita, yang penting, macam mana kita akhirkannya. Nak give up macam tu je, or teruskan usaha!

 Tapi, ramai yang tak tahu peningkatan yang saya dah kecapi sejak saya mula berbusiness pada pertengahan November 2014. Takpe, biar sikit, dari tak mula langsung.

 Saya bermula dengan modal yang rendah. Tetapi, saya dah 2 kali rolling modal saya. Kalau saya bermula dengan RM5000 (contoh), sekarang dah jadi RM15000. Saya pun tak sangka saya dah berjaya sampai ke situ. Untung runcit dah puas makan. Beli kasut sampai 3 pasang, total harga hampir RM500 tanpa fikir panjang. Husband minta jam tangan berjenama sebagai hadiah harijadi, saya kata okay. Boleh. Takde lagi dah perasaan “apelah husband aku minta kali ni. Sebulan nak kena simpan berapa kali ni?”

Itu baru kebahagiaan dari segi duit. Belum lagi saya cerita macam mana senangnya hati saya, macam mana gembiranya hati saya bila dapat gembirakan hati orang yang saya sayang. Alhamdulillah

Husband saya bukan kejam. Jangan salah sangka. Tetapi, husband saya suka penuhi permintaan saya. saya nak beg COACH dia belikan. Saya nak pakaian branded dia belikan. Saya nak itu, nak ini, pokoknya jarang sekali kata “tak boleh” “takde duit”, jawapan yang selalu dia bagi “tunggulah, nanti saya usahakan”. Jadi, kalau husband saya berusaha untuk penuhi permintaan saya, takkan saya taknak balas sesuatu yang boleh menggembirakan hati dia. Bagi hadiah kat husband, pakai duit usaha kita sendiri, lain tau perasaan dia. Sayang husband.

Jadi, doakanlah saya terus maju dalam business ini. Amin.


 Satu lagi yang menggembirakan hati saya ialah, saya sudah mula berpakaian seperti yang sepatutnya dipakai oleh wanita islam. Alhamdulillah. Doa untuk diri saya sendiri, semoga saya terus Istiqamah. Dalam islam, yang saya faham, tiada pakaian specific, yang penting menutup aurat yang tidak akan menimbulkan fitnah. Itu yang saya faham. Betulkan lah kalau saya salah.

Jadi saya memilih untuk memakai jubah dan mengenakan tudung menutup dada serta menjaga aurat saya dari lelaki bukan muhrim. Ada adik ipar lelaki tinggal sekali dengan saya, maka saya dah mula memakai tudung di dalam rumah. Haritu balik kampung, saya pun pakai tudung di dalam rumah. Ada jugak sesekali keluar bilik tanpa tudung, kadang-kadang nak cepat, terlupa. Ampunkanlah dosa saya Ya Allah.

Jubah tu bukanlah setiap hari jugak. Hari Jumaat, saya perlu memakai t-shirt company ke tempat kerja, dahulunya saya pakai dengan seluar jeans ketat, tapi sekarang saya tukar kepada palazzo. Masih nampak bentuk tubuh sikit, tapi itu saja saya mampu untuk setakat ini. Dan saya ada satu palazzo tu je. Pernah sekali palazzo tu kotor, dan hari jumaat saya tiada seluar untuk dipakai, terpaksa sarung balik seluar jeans.

Saya dah lama tak menyarung formal office attire (kemeja, pants), tapi saya masih simpan. Entahlah ek. Mungkin sebab sayang. Bagi orang? saya tak mahu. Saya ada satu pendapat. Kalau saya bagi orang kemeja yang menampakkan tubuh tu, pemakainya pasti berdosa. Saya takut saya juga terlibat sekali mendapat dosa kerana “supply” baju yang tidak menutup aurat. Saya tak tahu pendapat saya ni betul ke salah. Saya pun tak bertanya pada expert dengan lebih lanjut. Buat masa ni, biarlah pakaian-pakaian itu dengan saya lagi.

Haritu, saya ada hal. Yang memerlukan saya pakai pants & kemeja. Janggal rasanya. Malu bila berjalan orang tengok punggung kita. Ampunkanlah dosa aku.


Bukan ke bila kita berpakaian kita akan mendapat pahala? Tapi kalau kita pakai pakaian yang menjolok mata, rasa-rasa dapat ke pahala? Entahlah ek. Dosa pahala syurga neraka, semua tu urusan Allah S.W.T. tapi kita sebagai manusia yang diberikan akal, semestinya kita perlu tahu perkara yang boleh mendatangkan pahala dan perkara yang akan membuatkan kita terjerumus ke lubang neraka jahanam. Kalau tak tahu, belajar. Sebab tu Allah bagi akal kat manusia. Gunakan sebaik mungkin.

Apa lagi nak bebel. Hehehe.
Apa pun, tujuan kita hidup ni nak masuk syurga je. Boleh ke kita kata “nanti-nantilah cari pahala, enjoy duluuuuuu, muuuda lagi”.
Kalau ditakdirkan kita mati sesaat lagi, bila malaikat tanya “apsal tak beribadat kepada Allah? Boleh ke gamaknya kita jawab “lek rrrr, muuuda lagi…..”

Hahaha. Apa pun, tepuk dada tanya iman. Nak ke syurga? Moh kita tingkatkan amal ibadat. Nak masuk neraka, well…banyak cara. Pilih je yang mana sesuai.

Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya, dosa-dosa saya zaman jahiliah dulu (hehe), dosa-dosa suami saya, ibu bapa saya, atuk-atuk dan nenek-nenek saya yang telah kembali ke rahmatullah, dosa-dosa adik beradik saya, kawan-kawan saya, saudara mara saya…dosa-dosa seluruh umat islam. Amin.



*all the pictures is from the internet. Let me know if it's yours and you don't like it here, I'll drop it. If you allow me to use your picture, Thank you very much. Only Allah can pay that. Thank you again.

2 comments:

  1. betul kak ros.. kita pun nak bagi org baju2 kita serba salah..takut menyumbang pada dosa.. akhirnya tersimpan jela dalam almari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Muzai. entah kenapa terfikir macam tu. nak menyumbang pada orang susah, banyak lagi baju lain yg boleh disumbangkan kalau betul2 nak menyumbang, bukannya baju yang tak cukup kain. akak rasa one day akak akan gunting jugak recycle buat baju adelea. itu jelah jalan. buang macam tu je, tu pun membazir jugak. serba salah. hahahaha

      Delete