Sunday, 13 December 2015

Lega...



Alhamdulillah. Lega.

Semenjak 4 5 bulan kebelakangan ni, macam-macam dugaan & ujian Allah bagi. Datang sekaligus. Alhamdulillah. Bukan sekadar 1 by 1 ujian solved, tapi syukur sebab masih dikurniakan akal yang waras untuk berfikir nak solve kan. Alhamdulillah, tak pilih jalan yang salah untuk solve kan problem. Alhamdulillah.

Ujian mental…dapat boss/kerja yang masyaAllah, tak larat dah nak hadap.
Ujian financial…kereta rosak, handphone rosak, business down, itu rosak ini nak repair.
Ujian emosi…tak larat, silap sikit marah anak. Silap sikit marah laki. Silap sikit, up status negative di facebook.
Ujian hati…mengadu/minta tolong. Tapi yang dapat “padan muka”. Ada juga yang menolak secara baik. Tapi hati terus “takpe kau, taknak tolong aku, tunggu masa kau” astaghfirullahalazim.

Stress!!

Itu utama la. Ada cabang-cabang lagi.

1 je, percaya pada Allah. Percaya Allah ada. Memang. Memang tak solved on the dot. Gila rasa nak meroyan sebelum problem solved. Lagi-lagi bila takde sapa nak tolong. Tu yang silap.

Pernah terbaca status “Allah kata mintalah tolong dengan Allah, bukan selainnya” more or less.
Memang benar. Minta tolong dengan manusia, belum tentu manusia akan tolong kita. Minta tolong dengan Allah. Bagitau kat Allah, apa yang kita nak, apa yang kita rasa, insyaAllah Allah akan datangkan manusia/apa sahaja untuk datang membantu kita.

Ya saya percaya tu. Sebab sebelum saya mengadu pada Allah, tak ramai yang mampu tolong, tapi bila saya mengadu, Alhamdulillah, datang jalan penyelesaian. Saya percaya Allah yang hantar. Alhamdulillah. Allahuakbar.


Setelah pertolongan Allah tu sampai, baru terfikir semua ni sebenarnya. Baru boleh berfikir dengan baik, kenapa sipolan sipolan tak dapat tolong kita. Atau dengan kata lain, tidak terbuka hati nak bantu kita. Baru tak rasa marah. Percaya, bukan dia yang sepatutnya bantu kita. Jadi, lepas ni kalau dia minta tolong, I tolong jugak. insyaAllah, jika Allah izinkan.

Baru nak terbuka minda, mungkin juga dulu I tak pernah tolong dia. Atau apa yang I pernah tolong dia dah lupa, so dia pun malas nak tolong. Haha…eh cukuplah. Takyah fikir banyak. Anggap je ini semua Allah dah aturkan. Dan kena ingat, aturan Allah itu adalah sebaik-baik aturan.

Oh ya, to note, tak semua pun settle lagi. Tapi, Alhamdulillah, sebab hati ni rasa lebih lega. Eh bukan macam tu.

Macam ni. Problem datang. Stress!! Hari2 minta doa dengan Allah. Masih stress bila nak settle? Tapi hati masih percaya Allah akan tolong. Hati gundah gulana, tapi masih boleh buat kerja dengan waras. Hati risau, tapi masih boleh control tak marah anak, tak marah husband. Risau, tapi alhamdullilah.

Sedikit-sedikit problem solved. Percaya pada Allah. Tu je kata kunci.
sentiasa ingat Allah. tak kira waktu senang atau susah.


No comments:

Post a Comment