Tuesday, 6 September 2016

My 1st Ariani collection

Wahhh…tengok tajuk pun you all dah tahu la kan, aku beli tudung ariani. Hehehe. Kalau korang ingatlah dulu, aku pernah cakap “tudung/shawl tak boleh lebih dari RM10”. Bila ingat balik kenyataan ni, rasa nak lempang diri sendiri. Yelah…RM10 tudung (yang ada brand) jenis apa yang dapat diperolehi dengan harga seploh hinggit? Ok, pernah dulu beli tudung aidijuma yang sale punya, bukan yang new arrival, harga RM10. Tapi lepas tu, seinci kau melangkah, kau akan nampak orang pakai tudung yang sama dengan tudung tu. Bukan alam nyata je, alam maya pun sama. Kejap2 karang kau tengok orang upload gambar tudung raya ---- sebijik dengan tudung yang kau beli harga RM10 tu. 
Siapa pernah rasa apa yang aku rasa ni?

Takpelah. Itulah risikonya kalau beli barang terkenal, waktu sale.

Tapi aku ada je beli tudung yang lebih RM10, tapi bukan setiap kali beli tudung la. Special occasion je macam raya tahun lepas aku beli Suci byYattHamzah & Zawara.

Ariani ni dah teringin sangat nak beli waktu raya haritu. Tudung/shawl satin depa ni, cun cun habis. Warna pun lawa2 menawan kalbu. Tapi, masa raya haritu, poket tak berapa mencapai standard harga2 tudung kat ariani ni. Telan air liur je masa pegang2 ramas2 kain kat butik ariani kat shah alam haritu. Dalam hati berteriak SATU HARI NANTI AKU MESTI BELI TUDUNG ARIANI. MESTI. PALING KURANG TIGA HELAI.

Tu dia semangat. 3 helai mahu makan RM500 tu. Kalau sehelai harga RM129 RM139, 3 helai kau kiralah, Aku ni pulak jenis kalau nak sesuatu, mesti cuba dapatkan. Tak kira cepat atau lambat. Maka bermulalah pulun buat sale, plan mesti jual banyak ni, untuk dapatkan untung banyak ni. Dapat tu dapat. Tapi bila dah lepas raya, kena cover balikla duit yang guna masa raya haritu, maka…kena pulun sale lagi la. Hehe.

Semangat nak ada tudung ariani ni masih menebal lagi. Mesti ada. Bak kata ahli kumpulan Maharaja Lawak Zero – Pantang undur kecuali operasi (seriously, apa maksud tagline diorang ni?), pantang undur kecuali dah beli tudung ariani 3 helai…hehehe. Lagipun, sekali kita ada impian, kita kena kejar. Jangan separuh jalan. Kalau separuh jalan kau dah give up, tu yang nampak macam loser tu. So aku taknak nampak loser. AKU TAKNAK JADI LOSER. Mesti ada tudung ariani at least 3 helai dalam almari aku.

Impian kita, kita sendiri kena laksanakan. Kalau kita tak kejar impian kita, orang lain pun taknak tolong capaikan impian kita. Kalau kita stop, lagilah takde sapa nak tolong. Yelah, kalau kita give up on kita punya impian, orang pun ingat kita dah taknak impian kita tu. Kan.

Selalu jugaklah aku mendetikkan dalam hati aku “cepatlah ariani buat sale cepatlah ariani buat sale”. Dah macam berjampi pun ada. Astaghfirullahalazim sangat! Hehehe. Duit dah cukup, tapi mana tau waktu sale boleh beli kuantiti yang lebih dari 3 helai dengan harga RM500. Dan…ariani memang buat sale sempena merdeka!! Hah! Apa lagi…Awal2 lagi aku dah cakap dengan Asan Ariani buat sale ariani buat sale. Almost hari2 la aku cakap kat dia Ariani buat sale ariani buat sale. Dah macam baca berzikir. Hehe. Cuma belum dibisikkan ke telinga lagi, kalau tak, mahu bernanah telinga.

Long story short, dapat jugak aku memiliki tudung ariani – 4 helai – total harga RM200. Patut boleh beli lagi 5 helai tu. Hehehe. tapi, takpe, cuba ni dulu. Mana tau tak sesuai ke kan. 1st time katanya. Memang happy gila! Lagi happy, pergi dengan kakak aku. Ada geng. Shopping & membeli secara berjemaah adalah sangat best. Yang tak best kalau shopping secara berjemaah tapi kau sorang je yang tak beli sebab tak mampu. Mampu tengok je. Haaa itu tak best. Itu tobat dah malas nak shopping lagi. Alkisahnya, terjumpa masa kat MATTA fair kat PWTC haritu. Tak sangka pulak kat PWTC tu ada butik ariani. apa lagi…bagai dicita pucuk ulam mendatang…eh betul ke?

 Ni kakak aku. Masa ni kitorang tengah happy happy jom jom selfie tunjuk kat Whatsapp family.

Hehe...kakak aku cuba tudung aku selfie. #fittingroomselfie namanya.



Dah beli beli, pakat selfie lagi, bukti kitorang ada beli katanya. Nasib ada abang ipar sporting tukang ambil gambar. Masa aku hantar picture ni kat Whatsapp family, aku tulis caption "Takkan mak sorang je Ariani" (Mak aku peminat Ariani okay!)

Tak lama lepas tu Mak reply dengan sekeping gambar di bawah! (Macam lagi mahal jek sebab beg kertas, kitorang dapat beg plastic je itupun ada tulis sale).



Aduyaiii Mak. Baru nak lawan tudung Ariani yang Mak pakai masa raya haritu...kena patah balik masuk Ariani ni nampaknya.

No comments:

Post a Comment